Selebriti versatil, Elly Mazlein meminta pasangan yang sudah berkeluarga agar sentiasa bersyukur apa adanya.
Penyanyi lagu Bungaku Bawakali ini turut menyatakan setiap dari kita perlu menerima setiap kekurangan dan kelebihan pasangan.
“Berkasih sayanglah kita. Yang sudah berkeluarga, terima kelebihan dan kekurangan. Bersyukurlah sentiasa.
“Nak lebih memang tak akan dapat. Yang dah ada depan mata tu, tatanglah bagai minyak yang penuh,” tulisnya dalam satu perkongsian di Insta Stories pada Ahad.
Malah, Elly yang turut memuat naik beberap foto pelukan suami isteri menerusi platform sama turut titipkan pesan moga sentiasa bersyukur.
“Berkasih sayang dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Yang tak bersyukur ni selalu rugi.
“Jadinya, bersyukurlah… InsyaAllah kita akan sentiasa rasa cukup. Peringatan untuk diri sendiri juga,” tulisnya lagi.
Beberapa hari lalu, foto rangkulan erat suaminya, Azlan Che Nuh yang dimuat naik di Instagram mendapat reaksi ramai hingga ada di antara peminat yang turut berkongsi foto hampir serupa.
Hantaran berkenaan sehingga kini sudah pun menerima hampir 80,000 tanda suka.
Foto: Instagram Elly Mazlein