Juara program realiti Kilauan Emas 2024, Gie Hamid mahu menggunakan wang tunai kemenangannya sebanyak RM30,000 untuk melangsaikan segala hutang.
Menurut Gie, 47, yang juga pejuang kanser, dia hanya berkata jujur apabila ditanya mengenai apa yang ingin dilakukan terhadap hadiah yang diterima sejurus diumumkan sebagai pemenang.
Selain wang tunai, peserta dari Mersing, Johor, itu turut membawa pulang pakej umrah sumbangan Khadim Ummah Holidays, pakej penginapan percutian sumbangan Avillion Port Dickson dan trofi sumbangan Astro.
“Memang saya berniat untuk melunaskan apa yang tertunggak. Sebab saya sakit pun lama, suami ketika itu pula tidak bekerja.
“Jadi bila ada rezeki menang wang tunai, orang kata bolehlah membantu sedikit-sebanyak.
“Pada saya benda macam ini kalau ada rezeki, kalau boleh perlu dilunas, jangan ‘digantungkan’,” katanya.
Ads
Gie pada masa sama mahu menyelesaikan hutang bagi membolehkan urusannya untuk berangkat ke umrah dipermudahkan selepas ini.
“Barulah kita boleh buat umrah dengan tenang selepas ini. Pergi umrah tapi hati tak tenang sebab berhutang, bagaimana.
Ads
“Kita berdoa dekat sana, tapi ada yang di sini mengata kita sebab tak bayar hutang. Jadi kalau boleh memang nak selesaikan itu terlebih dulu.
“Kita tidak tahu apa yang berlaku di masa hadapan atau dalam perjalanan (waktu tunai umrah). Itulah niat saya,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, persembahan konsisten Gie menerusi dua segmen saingan persembahan memberi tuah kepadanya apabila muncul sebagai juara wanita pertama bagi rancangan berkenaan selepas enam musim penganjuran.
Tempat kedua dimenangi Tuan Sidi sementara Ina terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.
Malam kemuncak Kilauan Emas 2024, Sabtu lalu telah dinilai oleh juri tetapnya, Datuk Hattan dan Erra Fazira, manakala Edry Abdul Halim sekali lagi bertindak sebagai juri jemputan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas personaliti televisyen, Aidid Marcello mendedahkan dirinya berasa amat bertuah selepas berkesempatan untuk turut sama menyempurnakan pengebumian jenazah sewaktu menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.
Menurut Aidid, perasaan menguruskan jenazah di Tanah Suci sememangnya amat berbeza jika ingin dibandingkan dengan tempat-tempat lain.
Lantaran itu, dia memang tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan keberkatan ketika melaksanakan ibadah fardu kifayah itu.
“Kalau ada kesempatan untuk saya sertai proses perkebumian jenazah ni, memang saya tak lepaskan sebab feel dia memang lain.
“Kali ni Allah bagi rezeki dekat saya lihat sendiri jenazah bertuah yang disempurnakan di perkuburan Al-Baqi’, MasyaAllah. Antara lokasi rumah terakhir yang diidamkan semua.
“Korang ada pengalaman urusan jenazah yang menginsafkan? Jom share untuk kebaikan bersama,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada empat orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Video berdurasi hampir satu minit itu memaparkan perjalanan Aidid sewaktu mengusung jenazah sehingga dikebumikan di liang lahat.
Katanya lagi, dikebumikan di tanah suci sememangnya menjadi impian buat para umat Islam.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut berharap agar mereka juga dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci satu hari nanti.
“Saya tengok semua story umrah encik Aidid. Rasa sebak. Doakan saya dapat ke sana satu hari nanti.
“Subhanallah bertuahnya anda.
“MasyaAllah semoga ade rezeki untuk sampai ke tanah suci.
“Insan-insan yang terpilih. Semoga pusara terakhir dekat sini juga Insyaallah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Aidid kini sedang menjalani ibadah umrah bersama isterinya, Norzie Pak Wan Chek.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Aidid Marcelo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kacak dan bergaya. Itulah fizikal yang boleh digambarkan apabila menyebut pelakon yang bernama Syafiq Kyle.
Aktor ini kembali diperkata, serentak dengan bermulanya perjalanan drama Nur 2, bermula semalam.
Jadi, ikuti 10 fakta menarik mengenai pelakon yang bernama Syafiq Kyle ini. Check it out!
1.Syafiq Kyle atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Bin Abdul Razak dilahirkan pada 24 Jun 1992 dan membesar di Kuala Lumpur.
2.Pelakon berusia 27 tahun ini merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik yang kesemuanya lelaki.
3.Sebelum memulakan kerjaya sebagai pelakon, Syafiq merupakan graduan Diploma Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
4. Pernah menyertai pencarian Hero Remaja 2011/2012 bersama-sama dengan Fattah Amin, Saharul Ridzwan, Hafreez Adam, Ben Amir dan ramai lagi. Syafiq dinobatkan sebagai naib juara.
5.Sekitar 2011, Syafiq telah memulakan karier sebagai pelakon dan telah muncul di televisyen buat kali pertama menerusi drama lakonannya berjudul Iparku Diva di Astro Warna.
6.Kemudian, Syafiq semakin dikenali menerusi lakonannya di dalam sebuah drama berunsur keagamaan, Tanah Kubur di Astro OASIS.
7.Sehingga kini, sudah lebih 30 buah drama yang dilakonkan pelakon ini. Antara dramanya ialah Kerana Terpaksa Aku Relakan, Mencintaimu Mr.Photographer, Dekatkan Jarak Kita dan banyak lagi.
8.Nama Syafiq kian dikenali apabila muncul dengan watak Ustaz Adam menerusi Nur. Ia mencipta fenomena yang sekali gus meningkatkan lagi popularitinya. Seduel Nur 2 juga turut mencipta fenomena.
9. Syafiq juga turut dihimpit kontroversi apabila berlakunya penularan video lucah di laman media sosial yang didakwa mirip wajah pelakon terbabit.
10. Syafiq memenangi Anugerah Skrin 2018 untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian.
Sumber : Carian Google/ Instagram Syafiq Kyle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski menerima kritikan selepas ‘terkucil’ waktu membuat persembahan secara ‘live’ di sebuah program hiburan baru-baru ini, Nabila Razali tetap positif dan terbuka.
Malah, dia turut dilihat kekal menitipkan kata-kata semangat di laman Instagramnya.
Jelas penyanyi Peluang Kedua itu, selalunya individu yang lantang mengkritik sebenarnya tidak menyokong naskhah seseorang selebriti.
Atas sebab itu, terus berjuang dan tetapkan matlamat untuk berjaya tanpa mempedulikan mereka yang mengutuk.
“Yang kutuk-kutuk orang ni, they don’t buy your music, they don’t buy ticket to watch your film, they don’t support your drama, they don’t buy ticket to watch your theatre.
“Why should you bother about them. Keep doing what you do best. Set your goals straight. Achieve your dreams,” katanya.