Meluahkan rasa dari lubuk hati paling dalam, usahawan yang kini bergelar selebriri, Datuk Seri Aliff Syukri menyifatkan perasaan cinta bukan hanya tercipta buat pasangan bercinta.

Sebaliknya, dia turut mencintai neneknya dan menganggap wanita itu sebagai kekasih hati kerana sentiasa ada untuk menyokong, memahami dan sentiasa memanjakannya.

“Kadang kala perasaan cinta itu bukan diciptakan untuk pasangan kekasih-kekasih sahaja.

“Macam saya mencintai nenek saya mcm kekasih sy yg sentiasa sokong sy, percayakan sy dr kecik lagi sebab nenek saya memahami saya, nenek saya manja saya, nenek saya berada bersama saya ketika saya susah dan senang, jadi nilai cinta itu tercipta secara tidak sengaja,” jelasnya jujur.

Pada mana sama, bapa kepada lima orang anak ini turut memanjatkan doa agar nenda sentiasa dipanjangkan umur dan meluahkan hasrat untuk sehidup semati bersama.

IKLAN

“Iya bukan benda yang diciptakan tetapi perasaan yang yg tidak pernah menipu.. Saya rasa bahagia bila duduk bersama nenek sy..kalau beh sy nak kawin dgn nenek sy.

“Untuk nenek kesayangan saya, nenek Jangan pergi lebih awal nenek kena kuat sebab saya nak mati sama-sama dgn nenek.

“Tapi saya takut mati sebab amalan saya tak cakap banyak macam amalan nenek. #anakfeldapalong #yobro,” luahnya lagi.

IKLAN

Kadang kala perasaan cinta itu bukan diciptakan untuk pasangan kekasih-kekasih sahaja .. Macam saya mencintai nenek saya mcm kekasih sy yg sentiasa sokong sy, percayakan sy dr kecik lagi sebab nenek saya memahami saya, nenek saya manja saya, nenek saya berada bersama saya ketika saya susah dan senang, jadi nilai cinta itu tercipta secara tidak sengaja.. Iya bukan benda yang diciptakan tetapi perasaan yang yg tidak pernah menipu.. Saya rasa bahagia bila duduk bersama nenek sy..kalau beh sy nak kawin dgn nenek sy Untuk nenek kesayangan saya .. nenek Jangan pergi lebih awal nenek kena kuat sebab saya nak mati sama-sama dgn nenek.. Tapi saya takut mati sebab amalan saya tak cakap banyak macam amalan nenek #anakfeldapalong #yobro

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on Feb 2, 2020 at 1:28am PST

Sebak dengan luahan hati Aliff Syukri, netizen memberikan reaksi.

Rata-rata terharu dengan kasih sayang yang terjalin antara dua insan ini.

IKLAN

“Nak Mati Sama-Sama Dengan Nenek, Tapi Saya Takut Mati Sebab Amalan Tak Cukup Banyak…,” – DS Aliff Syukri
.

Sekadar imbasan, Aliff dan isterinya Datin Seri Nur Shahida berkahwin pada Ogos 2007.

Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudah Arshiyah serta turut menjaga seorang anak angkat.

Foto : Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI