Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah ada membuat jualan koleksi baju terpakai miliknya bersama pengikut di akaun Instagram.
Bukan itu sahaja, Shahirah memaklumkan jualan tersebut dilakukan untuk mengembirakan peminatnya.
“Haa ports time nak meniaga tapi bukan utk kaya ye..untuk bagi orang happy …kita nak jual baju mak mertua kita saiz S ke M sahaja.
“Bagi org happy ..pakai cantik..gi fuction ..paling mahal 60 ringgit termasuk pos,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon berusia 45 tahun ini memohon maaf kerana tidak memberikan baju berkenaan secara percuma.
“Sorry tak sedekah baju tu sebab ada yg pakai sekali..ada yang takpakai.
“Yang dah rosak boleh pulangkan balik
Kot ada yang reput sbb simpan lama sangat..hahahaha,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata -rata peminat memuji sikap Shahirah yang tidak profesional dan praktikal.
Foto: Instagram Sharifah Shahirah