
Pelakon Dini Schatzmann meminta ramai supaya mengambil tanggungjawab sekiranya terlanggar kenderaan mana-mana individu sama ada secara sengaja atau sebaliknya.
Dini meluahkan perkara tersebut selepas keretanya dipercayai telah dilanggar sehingga menyebabkan kesan calar yang jelas.
“Keeping this here for memories. Punya la susah nak jaga kereta sampai taknak bagi ada satu pun calar. Senang senang je dia langgar lari kereta I.
“Nak nangis tapi benda dah jadi. To anyone out there yang terlanggar kereta orang, please be responsible for your own actions and try to solve it nicely,” kongsinya.
Dini berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram bersama beberapa keping foto yang memaparkan kesan calar yang diperkatakan.
Perkongsian berkenaan sehingga kini telah pun menerima hampir 8,000 tanda suka bersama pelbagai komen yang ditinggalkan netizen dan rakan selebriti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Ada Nama Dah…” – Awal Ashaari Dedah Nama Anak Kedua Malam Ini!

Pengacara terkenal, Awal Ashaari memberitahu nama anak keduanya bakal didedahkan bersama peminat menerusi rancangan Schawal Baby Boom, malam ini.
Suami kepada pelakon jelita, Scha Alyahya telah memaklumkan mengenai perkara tersebut menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
“Daddy will be here, every step of the way. #BabyL dah ada nama dah, reveal tonight in Schawal Baby Boom. Salam Israk Mikraj semua,” tulisnya.
Lantas, perkongsian pengacara berusia 39 tahun ini telah mendapat perhatian daripada peminat.
Malah, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja untuk mengetahui nama cahaya mata kedua pasangan selebriti ini.
Rancangan Schawal Baby Boom ini dibawakan oleh majalah Pa & Ma dan telah bersiaran pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Sekadar informasi, Awal dan Scha telah mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan memiliki seorang anak perempuan nama bernama Lara Alana, 7 tahun.
Kini, pasangan ini dikurniakan cahaya mata kedua pada 12 Februari lalu.
Foto: Instagram Awal Ashaari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Negatif, Sangka Baik Dengan Allah,”- Cabaran Dipermudah, Irma Hasmie Rasa Ibu Bapa Jangan Takut Bawa Anak Tunai Umrah

Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie akui teruja apabila berkesempatan membawa anak-anaknya yang masih kecil untuk menunaikan umrah bersama di Tanah Suci, Mekah.
Bagaimanapun, Irma tetap akui perjalanan umrahnya kali ini sememangnya memberikan cabaran yang berbeza namun, dia tetap gembira kerana berpeluang membimbing anak-anaknya itu.
“Umrah dengan anak-anak ni memanglah berbeza banding pergi bersendirian. Betul. Ada cabaran-cabarannya tapi secara peribadi saya sangat bersyukur dapat bawa Irfhan dan Naylie.
“Saya senang hati, rasa aman dapat bimbing dan dedahkan diorang untuk lebih dekat pada Allah SWT dan mencintai Rasulullah sejak dari usia kecil,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Irma turut menyeru kepada seluruh ibu bapa untuk membuang rasa takut untuk merancang perjalanan umrah bersama anak-anak kecil mereka.
“Alhamdulillah, pengalaman serta detik-detik kenangan bahagia. Jadi, siapa-siapa yang bercadang nak menunaikan ibadah umrah dengan anak-anak, tak perlu risau berlebih-berlebih.
“Jangan takut, jangan fikir negatif tapi sentiasa sangka baik pada Allah. Bismillāhi tawakkaltu ‘ala Allāh,” kongsinya lagi.
Malah, Irma juga pecaya kanak-kanak akan mudah belajar dengan setiap ilmu yang bakal mereka peroleh sepanjang menunaikan umrah.
“Percayalah anak-anak akan belajar banyak perkara dari trip umrah. Sama macam bila diorang dapat pengalaman bercuti ke mana-mana kan, ini pengalaman ke tempat Nabi kita, tanah suci,” jelasnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar mereka juga akan berpeluang menjadi tetamu Allah satu hari nanti.
“Terima kasih bagi semangat. Saya pun risau juga. Saya akan berangkat hujung minggu depan membawa anak-anak bersama. Semoga Allah permudahkan segalanya.
“MasyaAllah seronoknya. Doakan saya semoga dapat bawa cucu ke sana tahun hadapan.
“Saya dan suami pun baru-baru ini bawa anak-anak umrah buat pertama kali. Alhamdulillah Allah mudahkan. Kami semua seronok dan gembira setiap kali ke masjid.
“Alham syukur. Doakan saya juga sampai ke sana.
“Sebenarnya bahagia sangat kalau dapat pergi umrah bersama anak-anak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Irma telah mendirikan rumah tangga bersama pasangan, Redza Syah Azmeer pada tahun 2012.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangak ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Redza Syah Irfhan serta Irma Nur Naylie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Irma Hasmie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebenarnya, Saya Boleh Agak Orang Akan Samakan…,” – Netizen Gurau Bandingkan Dengan Watak Hantu Valak, Ini Ulas Aina Abdul

Penyanyi Aina Abdul menjelaskan, baju rekaan Syamil Fazwan yang dipakainya ketika membuat persembahan menerusi lagu Semalam di Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) pada Ahad melambangkan seorang wanita yang sudah lama meninggalkan masa silamnya namun tampil semula untuk bercerita.
Sambil menyifatkan dirinya gemar melakukan eksperimen terhadap persalinan yang digayakan ketika di atas pentas Aina turut memohon maaf sekiranya busana yang digayakan itu disamakan dengan watak hantu Valak dari filem The Conjuring.
“Saya suka bereksperimen dengan fesyen. Sebenarnya, ada cerita di sebalik busana saya.
“Busana ciptaan Syamil Fazwan ini menggambarkan saya sebagai seorang wanita yang sudah lama meninggalkan masa silamnya.
“Bila orang lihat saya dari busana terbabit, saya nak semua nampak saya sebagai wanita kuat yang datang semula untuk menceritakan apa yang dilalui dahulu.
“Sebenarnya, saya boleh agak orang akan samakan saya dengan watak itu. Saya minta maaf jika saya membuat orang lain seram,” seloroh Aina.
Mempertaruhkan single ciptaannya sendiri, Aina turut meluahkan rasa syukur apabila lagu tersebut turut terisi sebagai antara 12 buah lagu yang lolos ke ke AJL35.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur berjaya melayakkan diri ke pentas besar ini. Sebagai seorang penyanyi baru, ini adalah satu penghargaan yang sangat tinggi untuk saya.
“Terima kasih kepada barisan juri dan pihak TV3 yang memberikan peluang kepada Semalam. Sudah tentunya saya tak akan dapat buat semua ini tanpa bantuan pasukan yang menjadi 70 peratus kekuatan saya.
“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada peminat saya, Ainations. Mereka menjadi nadi dan pembakar semangat untuk saya terus melangkah.
“Insya-Allah, saya akan memberikan sebuah persembahan yang bakal diingati semua di malam AJL35 tahun hadapan. Saya mohon doa semua,” katanya lagi.
Foto: Instagram Aina Abdul
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI