Apa sahaja yang dikongsikan selebriti dan ahli perniagaan terkenal, Noor Neelofa pastinya menjadi perhatian wargamaya.
Terbaharu, hos program Next To Neelofa itu ada memuat naik foto terkini anak lelakinya, Muhammad Bilal di Instagram pada Rabu.
Menunjukkan Bilal yang sedang duduk di kerusi sambil memegang botol susu sendiri, ramai peminat yang teruja seterusnya meninggalkan reaksi di ruangan komen entro berkenaan.
Rata-ratanya memuji kecomelan anaknya bersama suami, Haris Ismail atau PU Riz dan tak kurang yang teruja melihat perkembangan Bilal.
“Bilal gebu sungguh, masyaAllah.”
“MasyaAllah gebu elok.”
“Comel sangat budak ni.”
“MasyaAllah … nak nangis tengok kecomelan dia.”
“Kecik-kecik dah handsome Bilal.”
“Mini Lofa sangat.”
“Lofa update bebanyak please. Tak puas tengok. We want more.”
“Bilal semoga jadi anak soleh.”
Perkongsian tersebuy sehingga kini sudah pun menerima lebih 300,000 tanda suka bersama ribuan komen.
Imbas kembali, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tertekan,” – Cubaan Bunuh Diri, Go Hara Mohon Maaf, Janji Jaga Kesihatan
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan, bekas anggota Kara, Go Hara dilaporkan stabil dan memohon maaf atas cubaan membunuh diri yang dilakukan.
Ulasnya, dia tertekan dengan pelbagai kejadian yang menimpa, namun berjanji akan menjaga kesihatan dengan lebih baik selepas ini.
“Saya minta maaf di atas masalah yang timbul akibat perbuatan saya. Saya sedang dalam proses pemulihan. Saya tertekan atas pelbagai perkara yang berlaku.
“Saya akan cuba tonjolkan sisi terbaik diri. Saya minta maaf atas apa yang berlaku,” katanya dipetik Soompi.
Terdahulu, Go Hara ditemui tidak sedarkan diri selepas membuat percubaan membunuh diri pada 26 Mei lalu.
Difahamkan, dia telah memuat naik ayat ‘selamat tinggal’ di Instagram sebelum ditemui di rumahnya yang bertempat di Kawasan kejiranan Cheongdam, Seoul.
Bimbang akan keadaan penyanyi tersebut, pengurusnya telah pergi ke kediaman wanita tersebut dan menemuinya dalam sebuah bilik yang dipenuhi dengan asap.
Terdahulu, Hara dikatakan mempunyai masalah dengan bekas teman lelaki.
Foto : Soompi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Mat Dan, Mawi Antara Artis Yang Hadir Ke Majlis Akikah Anak PU Amin, Semua Serba Pink!
Pencetus Ummah (PU) Amin telah mengadakan majlis akikah buat anak ketiganya,Fatimah Zahra semalam.
Majlis tersebut diadadakan di kediaman Amin sendiri dengan mengenakan rona berwarna merah jambu.
View this post on InstagramA post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
Turut hadir rakan selebriti seperti Mat Dan,Mawi,Imam Muda Asyraf,Fakhrul UNIC dan ramai lagi.
View this post on InstagramA post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
Malah,pelbagai juadah yang disediakan Amin untuk para tetamu.
View this post on InstagramA post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
View this post on InstagramA post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
View this post on InstagramA post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
Terdahulu, Amin atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Amin Muala Lokman Hakim berkahwin bersama isterinya ketika masih belajar pada tahun kedua di Universiti Al-Azhar pada tahun 2012.
Mereka turut dikurniakan tiga orang cahaya mata yang lahir pada bulan yang sama iaitu
Aisyah Sofea 7 April 2014, Abdullah Umar 9 April 2016 dan Fatimah Zahra 22 April lalu.
Foto : IG Amin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Gilalah, Ini Live Paling Gempak Saya Pernah…,” – Nama Kembali Disebut & Kisahnya Tular, Sekali Ini Yang Dilakukan Hafidz Roshdi
Nama pelakon Hafidz Roshdi kembali menjadi sebutan susulan beberapa tangkap layar Insta story Instagram dipercayai milik isterinya, Nurul Shuhada yang memberi bayangan aktor berkenaan berlaku curang mencetuskan tular.
Menerusi tangkap layar yang dikongsi oleh akaun @shushukriii, individu berkenaan meluahkan rasa kecewa dan berterima kasih kepada wanita yang didakwa menjadi ‘penyondol’ dalam rumah tangganya.
Di dalam beberapa status berlainan, luahan tersebut antara lain turut menyifatkan wanita berkenaan seakan-akan tidak tahu malu apabila sanggup berkunjung ke rumah mereka sehingga membuatkan dia dan anak-anaknya menderita.
Dalam pada itu, hantaran terbaharu Hafidz di Instagram pula memaparkan dirinya sedang bertinggung sambil tangannya yang tuding ke arah bawah seolah-oleh ditunjuk kepada ruang komen.
“Tengah komen dekat bawah ke tu,” tulisnya pada bahagian kapsyen.
Hafidz yang juga Finalis Hero Remaja sezaman Fattah Amin dan Syafiq Kyle ini juga ada memuat naik foto lampiran di Insta Story, termasuk meminta ramai mengikuti akaun TikTok miliknya.
Sementara itu, Hafidz sempat membuat sesi siaran langsung di Instagram (IG Live) yang terkejut dengan jumlah pengikut yang sedang menontonnya pada ketika itu.
“Gilalah, ini live paling gempak saya pernah…,” katanya lalu menamatkan sesi IG Live selepas beberapa ketika.
Usaha MH bagi mendapatkan kenyataan daripada Hafidz sendiri bagaimanapun tidak berjaya apabila dia tidak membalas mesej yang memintanya menjelaskan situasi sebenar susulan isu yang berlaku.
Sebelum ini, aktor berusia 29 tahun itu pernah dikaitkan dengan tuduhan curang iaitu dengan menghantar mesej mesra dengan wanita lain sehingga kelakuan itu didakwa telah dihidu isterinya.
Namun Hafidz menafikan tuduhan dirinya berlaku curung kepada media dan memilih untuk tidak berkongsi gambar isteri kerana ia untuk tatapan peribadi mereka sahaja.
Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI