Penyanyi Baby Shima mendedahkan dia tidak melakukan apa-apa babak yang tidak baik bersama rakan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi single baharu mereka, Baby Sayang yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 29, menerusi Instagram berkata, dia tidak ‘peluk cium’ usahawan terbabit, sebaliknya hanya berpadu suara.
“Nak nyanyi pun bising… Bukan kita peluk cium dia pun. Padahal korang layan cerita peluk-peluk… Pegang-pegang…Cium-cium. Nantikan Baby Sayang,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Di dalam hantaran yang memaparkan mereka mengenakan persalinan baju sekolah itu, ia sudah pun menerima lebih 10,000 tanda suka.
Ads
Terdahulu, Aliff menerusi platform sama memuat naik klip pendek mereka berdua yang sedang menyanyi lagu terbaru mereka.
Bagaimanapun, ia menerima kritikan susulan pemakaian serta ‘goyang’ Shima yang didakwa ‘daring’ oleh segelintir netizen.
Ads
Hasil tinjauan, hantaran berkenaan dipercayai sudah pun dipadamkan Aliff.
Ads
Menerusi media, Shima akui dia tidak mampu untuk mengawal reaksi pelbagai yang ditinggalkan netizen netizen di media sosial.
Pelakon baharu, Aniq Suhair akui teruja apabila diberikan peluang buat pertama kali untuk menggalas tanggungjawab selaku tunjang utama bagi drama terbaru yang berjudul, Sekali Lagi Cinta Kembali.
Menurut Aniq, ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan lebih-lebih lagi apabila dirinya bakal muncul di slot drama popular tanah air.
“Sejujurnya saya sangat gembira apabila ditawarkan untuk membintangi drama Sekali Lagi Cinta Kembali kerana ini merupakan kali pertama saya mendapat watak hero. Di slot Akasia pula tu.
“Ini peluang yang saya tidak akan saya tolak. Bila saya tengok jalan cerita, pengarah dan pelakon pun hebat-habat belaka. Saya memang tak cakap banyak. Terus je sign kontrak untuk berlakon di dalam drama ini,” katanya kepada MH.
Seperti diketahui umum, sebelum memulakan penggambaran, drama terbitan A. Aida Production Sdn Bhd ini pernah mencetuskan kontroversi apabila pelakon hero dan heroin asal telah menarik diri pada saat-saat akhir.
Bagaimanapun, status sebagai pelakon pengganti sedikit pun tidak melunturkan semangat bintang kelahiran Hero Remaja 2020 ini.
“Walaupun saya merupakan pelakon pengganti yang membawakan watak hero tapi saya tak tertekan sebaliknya saya teruja bila ditawarkan peluang seperti ini.
“Bila orang asyik kata saya ini hanyalah pelakon pengganti, saya memandangnya daripada sudut positif. Memang rezeki dah tertulis untuk saya berlakon di dalam drama ini.
“Saya tak endahkan mulut-mulut negatif yang bercakap mengenai saya. Saya dan heroin, Siti Khadijah juga telah membuktikan mereka ini salah. Kami bukan hanya sekadar pelakon pengganti.
“Buktinya, baru seminggu drama ini ditayangkan, kami tak sangka akan mendapat sambutan yang luar biasa. Di sosial media pun, drama kami trending hampir setiap hari. Itu adalah petanda baik buat kami. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.
Aniq berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media pengenalan drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang diadakan secara virtual pada Selasa.
Langsung ditanya adakah dia berharap drama ini bakal mencetuskan fenomena yang sama seperti drama Melur Untuk Firdaus, Aniq memberitahu, dia lebih selesa untuk tidak meletakkan ekspektasi yang terlalu tinggi.
“Kalau kami terlalu berharap agar drama ini dapat meletop atau mencipta fenomena, kami juga yang kecewa kalau ia tidak kesampaian.
“Jadi ekspektasi kami biasa-biasa sahaja. Kalau drama ini dapat rating yang baik, kami bersyukur. Setakat ini, kami mendapat respon yang memberangsangkan.
“Saya pun tak mahu nak bandingkan drama ini dengan drama-drama lain. Kalau drama lain dapat sambutan sampai ke luar negara, itu rezeki mereka. Apapun yang terjadi, saya tetap reda,” akhirinya.
Aniq bakal bergandingan bersama seorang lagi pelakon yang sedang meningkat naik, Siti Khadijah.
Sekali Lagi Cinta Kembali bersiaran di slot Akasia, TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Persembahan memukau melayakkan Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Aliff yang popular menerusi lagu Sayang Sayang berjaya mengetepikan saingan yang diberikan lima finalis lain.
Kemenangan itu membolehkan Aliff membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.
Naib juara pula disandang Nikki Palikat, sekali gus melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.
Tempat ketiga disandang Suki Low. Sebagai ganjaran, penyanyi itu memenangi hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi.
Adibah Noor dan Azan apabila menduduki tempat keempat dan kelima. Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 dan RM15,000.
Sementara itu, Aweera diumumkan sebagai peserta yang menduduki tempat keenam, membawa pulang wang tunai RM10,000.
Minggu final menyaksikan Aweera meraih Anugerah Digi Betul-Betul Luar Biasa dan Bintang Cuckoo.
Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow.
Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).
Program akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan onsert akhir turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada alumni GV8.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, pelakon yang juga anggota kumpulan One Nation Emcee (ONE), Sabhi Saddi ada berkongsi foto di Instagram yang merakamkan dirinya sedang melakukan rawatan fisioterapi di bahagian belakang badan.
Berdoa agar tiada perkara serius yang berlaku, perkongsian salah seorang peserta program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) itu nyata mengundang perhatian peminat.
Menjelaskan lanjut mengenai masalah yang dialami, bintang berusia 35 tahun ini memberitahu, dia mengalami sakit belakang dan pernah melakukan pembedahan sebelum ini.
“Kemungkinan ada bengkak di bahagian urat. Pagi sebelum konsert, saya ada jalani fisioterapi untuk melegakan otot.
“Menurut mereka, apa yang berlaku ada kaitan dengan urat kerana otot terlalu ‘stress’… ketat sangat. Jadi salah satu pilihan yang boleh dilakukan ialah regangkan otot.
“Sejak Jumaat lagi ia sudah rasa sakit. Sama sesi latihan pun saya sudah beritahu kekangan yang dialami dan mereka semua faham. Akan tetapi saya tetap mahu semuanya berjalan dengan baik,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai kekangan yang dihadapi salah seorang anggotanya, Mimi mewakili ONE akui memahami situasi Sabhi yang perlukan rehat terlebih dahulu sebelum memikirkan siangan konsert minggu seterusnya.
“Kami perlukan rehat selepas ini dah sudah tentu Sabhi kena rehat dan selepas ini kami akan jalankan juga tugas yang telah diamanahkan.
“Tambahan pula dia vokal utama untuk minggu kelima ini. Apa pun, untuk minggu hadapan ia terpulang juga kepada kreativiti yang akan kami lakukan, insyaAllah.
Cuma sekarang kita berikan ruang buat Sabhi untuk rehat dulu,” terang Mimi.
“Apa yang berlaku, pasti akan ada cara untuk atasinya. Setiap minggu melakukan persembahan bersama buatkan kami lebih kuat,” kata Jojo pula optimis.
Membuat persembahan meyakinkan menerusi lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi nyanyian asal Mula Jameela, ONE mendapat sorakan gemuruh penonton selain reaksi positif para juri profesional.
ONE menduduki ranking ketiga secara keseluruhan pada minggu kelima konsert dengan mengumpul markah sebanyak 73 peratus.
Kesemua peserta diadili dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, sementara pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam ditampilkan sebagai juri jemputan.
Jangan ketinggalan untuk menonton siaran secara langsung GV6 di Astro Ria dan Ria HD dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam setiap Ahad, jam 9.00 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...