Dinobatkan selaku pemenang Anugerah Digital Content Creator Tergempak 2022, pempengaruh media sosial, Ryan Bakery mahu mendedikasikan kejayaan tersebut buat isterinya, Elyia Ibrahim yang setia di sisinya disaat susah dan senang.
Menurut Ryan, isterinya itu sanggup mengeluarkan duit sendiri semata-mata untuk menyokong hasratnya untuk bergelar pembikin konten sebagai salah satu usaha meraih pendapatan.
“Ketika saya diberhentikan kerja pada tahun 2020, saya mula berniaga popia dan berniat untuk mula membuat video demi menjana pendapatan. Pada waktu itu, hanya ada seorang sahaja yang percayakan saya iaitu isteri saya. Ketika itu, kami belum berkahwin pun.
“Dia sanggup keluarkan duit sendiri bila saya nak set up alatan shooting seperti green screen, gimbal dan lampu studio walaupun gaji dia tak besar mana. Saya berjaya sampai ke tahap ini pun salah satunya disebabkan dia.
“Ketika waktu susah dahulu, kami perlukan kereta untuk bergerak ke sana-sini. Jujur kata, kami memang tidak ada apa-apa pada waktu itu. Jadi, isteri saya sanggup gunakan nama dia untuk mohon pinjaman bank walaupun kami belum berkahwin,” katanya kepada MH.
Ads
Sementara itu, Elyia akui tidak dapat menahan sebak saat nama Ryan diumumkan selaku pemenang anugerah.
Menurut Elyia, dia antara individu rapat yang melihat sendiri perjalanan Ryan sebagai pembikin kandungan sebelum diangkat sebagai antara pempengaruh media sosial dikenali ramai.
“Kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak dari zaman belajar lagi. Kami masuk kerja pun sama-sama. Bila pandemik dan dia kena buang kerja, takkan saya nak tinggalkan dia.
Ads
“Jadi, saya tetap sokong dia. Bila dia bagitahu nak buat konten di media sosial tapi tiada modal, saya tak kisah keluarkan duit sendiri dahulu.
“Kami bermula daripada kosong. Bila nama dia diumumkan sebagai penerima anugerah, rasanya seperti kemenangan yang sangat bermakna,” kongsinya.
Ryan dan Elyia berkata sedemikian ketika ditemui media pada acara Gempak Most Wanted Award 2023 (GMWA2023) baru-baru ini.
Ads
Dalam pada itu, Ryan akui sedikit terkilan dengan sikap segelintir pihak menuduh isterinya kerana dikatakan cuba menumpang populariti apabila sering menemaninya dalam setiap aktiviti yang dijayakan.
“Saya agak terkilan bila isteri saya sering dikecam bila saya bawa dia ke mana-mana acara. Orang kata isteri saya macam menyibuk dan nak tumpang glamour.
“Saya kesian sangat dekat dia. Mula-mula dahulu, saya memang marah sangat bila baca komen-komen negatif ini. Ini cara saya menghargai isteri saya.
“Saya akan bawa dia ke mana sahaja saya pergi. Sebab itu saya halalkan dia secepat mungkin sebaik sahaja duit saya cukup,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anugerah Meletop ERA 2021 (AME2021) ditunda susulan peningkatan kes harian Covid-19 yang semakin meningkat.
AME2021 sepatutnya berlangsung jam 9 malam esok.
Astro selaku penganjur membuat keputusan berkenaan bagi mengutamakan keselamatan semua pihak dan memohon maaf kepada semua yang terbabit.
“Kami dengan ini ingin memohon maaf kepada semua yang terbabit terutamanya barisan artis, para penaja, rakan-rakan niaga, penonton khususnya pengundi dan kru produksi di atas kejadian tidak diduga dan di luar kawalan kami ini.
“Sekali lagi, ingin ditekankan di sini bahawa keputusan ini diambil kerana keselamatan mereka yang terbabit sentiasa menjadi keutamaan kami,” demikian pengumuman rasminya.
Astro menegaskan, pihaknya juga sentiasa menitikberatkan keselamatan dan kesejahteraan setiap mereka yang terbabit dengan mana-mana produksi terbitannya.
“Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang sudah ditetapkan pihak berwajib sentiasa menjadi keutamaan kami.
“Di samping itu, kami sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif untuk melaksanakan pemeriksaan pra kesihatan dan ujian saringan Covid-19 secara menyeluruh ke atas semua yang terbabit sebelum bermulanya mana-mana program terbitan Astro.
“Sebelum acara berlangsung sejumlah individu telah dikenal pasti perlu dikecualikan berdasarkan pemeriksaan pra saringan kesihatan ke atas kesemua yang bakal menyertai produksi AME2021.
“Mereka termasuk yang harus menjalani proses kuarantin kendiri dalam tempoh waktu seperti yang ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Walaupun mereka dikesan lebih awal dan tidak dibenarkan masuk ke lokasi rakaman AME2021, kami tetap mengambil langkah lebih berjaga-jaga,” katanya.
Astro juga tidak ingin mengambil sebarang risiko berkenaan dengan keselamatan mana-mana pihak memandangkan statistik harian semakin meningkat.
AME2021 bakal ditunda ke sebuah tarikh lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya yang dijangka bakal melahirkan cahaya mata perempuan kedua sekitar Julai depan mengakui majoriti rakan-rakannya meneka dia bakal bersalin anak lelaki tidak lama lagi.
Jelasnya, mereka meneka jantina tersebut apabila melihat kepada bentuk perutnya yang dikatakan menonjol ke depan.
“Majoriti teka bayi dalam kandungan saya lelaki, sebab kata mereka perut saya macam menonjol ke depan. Saya tidak kisah jantina anak asalkan bayi berada dalam keadaan sihat sempurna. Itu sudah memadai,” harap Hanez.
“Dulu masa mengandungkan anak pertama, saya memang jarang keluar rumah. Rasa penat cuma kali ini masih lagi boleh aktif meski sudah pun tujuh bulan bersalin. Hinggakan suami turut memberi pesan kepada saya agar banyakkan rehat,” katanya kepada MH.
Serentak dengan pengumuman jantina anak keduanya yang bakal lahir itu, pelakon Love You Mr Arrogant mengakui dia mulai pasang impian untuk memperkenalkan liptint sendiri gara-gara minatnya terhadap dunia seni Korea.
“Penyeri bibir biasanya untuk jadikan bibir kita tampak segar kemerah-merahan. Saya ilham untuk hasilkan produk tersebut pun kerana saya memang meminati K-pop.
“Mengandung ni tak tah lah teruk sangat ‘kemaruk’ minat drama Korea dan K-pop. Hinggakan saya merayu pada suami nak pergi Korea. Minat sangat, tak tahu kenapa,” selorohnya.
“Pada masa sama, saya memang sering aplikasikan liptint pada bibir. Jadi bila ditanya ramai akhirnya ia buahkan idea untuk lancarkan liptint sendiri. Liptint CakePop ini hadir dalam tiga variasi warna dan perisa iaitu Oren, Strawberi dan Tembikai” terang Hanez.
“Yang berminat boleh dapatkan ia secara dalam talian. Memang lancarkan dalam masa singkat kerana selepas ini musim perayaan dan saya juga akan berada dalam tempoh pantang.
“Jadi lebih baik untuk team kami lancarkan ia terus,” jelasnya yang tidak membelakangkan Deeja Cosmetics yang menjadikannya sebagai wajah wakilan.