
Siapa yang tidak mengenali dengan Datin Paduka Eina Azman yang sangat lincah dan gemar memasak di dapur.
Baru-baru ini, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman ada berkongsi satu rakaman video ketika dia memasak laksa asam pedas di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, pelakon yang berusia 23 tahun itu memasak kuah laksa tanpa merebus ikan terdahulu.
“Alhamdullilah done cooking Assam Laksa,”tulisnya.
View this post on InstagramAlhamdullilah done cooking Assam Laksa
A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang memberi kritikan cara masakan Eina.
Dalam pada itu, peminat telah meluahkan rasa marah kepada netizen yang memberikan komen sedemikian.
Alahai netizen pun, mungkin itu adalah cara masakan Eina. Kalau rasa tak sesuai tak perlu lah ikut, betul tak?
Video : Instagram Eina Azman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Auratku, Maruahku,” – Lisdawati Terharu, Dedah Anak Usia 10 Tahun Dah Minta Dipakaikan Tudung

Lisdawati tidak mampu menyembunyikan keterujaan apabila anak sulungnya menghadiahi buku bertajuk Auratku Maruahku sempena menyambut hari lahirnya yang ke-41, 15 Disember lalu.
Kegembiraan itu dikongsi bersama suami, pelakon Fauzi Nawawi menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
“Syukur Alhamdulillah. Hidayah milik Allah swt . Bila Anak sulung sy dah faham tentang maruah dan Aurat.
“Usia 10 tahun dia dah minta utk bertudung Tanpa ada paksaan. Makin jadi pemalu,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on
Di ruang komen, rata-rata netizen memuji pasangan ini bijak mendidik anak-anak menurut ajaran Islam.
Foto : Instagram Lisdawati
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doakan Ku Fridah, Keadaan Sangat Lemah,”- Pelakon Senior, Ku Faridah Telah Dimasukan Ke ICU

Baru-baru ini, pelakon Sheila Mambo telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menyedihkan, Sheila telah memaklumkan pelakon Ku Faridah atau nama sebenarnya, Ku Fridah Ku Shafie telah dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sg. Buloh, Selangor.
Menurut Sheila, keadaan pelakon senior itu kini semakin lemah akibat menghidap penyakit jangkitan paru-paru.
“AsSalamualaikum.. Doakan buat Ku Fridah bt Ku Shafie Sekrang berada di icu ,keadaan sgt lemah, due to beberapa penyakit, jangkitan paru, dlm darah.. SubhanAllah..Syafakillah..” kongsi Sheila.
Rata-rata netizen turut bersimpati dan berasa sedih dengan keadaan Ku Faridah. Malah, netizen juga turut mendoakan bintang drama itu kembali sihat seperti sediakala.
Ku Faridah sebelum ini sinonim menerusi drama tempatan.
Foto : Instagram Sheila Mambo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Oversize Ni Seriously Cepat Penat Dan Macam-Macam…,” – ‘Hilang’ Hampir 9Kg, Fizo Omar Gembira

Pelakon Fizo Omar berpuas hati dengan berat badannya kini kerana telah berjaya menurun hampir sembilan kilogram.
Kongsinya, sebagai seorang pelakon yang tidak mempunyai masa yang menentu di set pengambaran, bentuk badan yang ideal mampu memberikan tenaga dan kesihatan yang baik.
“Benda yg buat aku happpy hari ni: Finally dpt juga my goal utk berat badan.
“Target 75kg tp skng hampir 76kg kira ok la. sikit je lg. bkn utk nak nampak slim je, tp bila dpt berat badan ideal ni badan pun sihat dan rasa ringan sgt, xde la lemau bila buat kerja, lgi kerja mcm aku dr pg membawa ke malam, tiap2 hari dgn shooting nya pastu meeting lg.
“Bila oversize ni seriously cepat penat n mcm2 penyakit plak mengundangkan.
“Kalau korang tgk 2 gmbr yg last tu masa umur sebelum 30an dan berat masa tu 84-85kg. Ok la dah turun hampir 9kg.
“Diet ke? Hmmmm.. susah nak ckp gak sbb aku ni balun je bila jmpa makanan yg sedap, cuma control la bila mkn tu kan, lagi2 skng ni dok buat program #manamaumakan , pg cari restoren yg best2 n review, ko rasa boleh control ke? Hahahha
“Sedikit sebanyak teh Avasano yg abe joe mnm tu membantu la sedikit sebanyak, dpt kawal selera makan dan dpt membuang dgn smooth la bila mnm tu.
“1 more kg to go for 75kg for my new character utk drama Akasia TV3. Tgh fikir new imej utk drama baru ni, ada cadangan tak,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by fizoomar (@fizoomar) on
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji kesungguhan anak kelahiran Kelantan ini bagi mendapatkan bentuk badan ideal.
View this post on InstagramSyaza tolak pinangan jai! . Ade sape2 nak sambut tak? . #maaftakindah
A post shared by fizoomar (@fizoomar) on
Foto : Instagram Fizo Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI