“Nak Pesan Budak-Budak Ni Jangan Kenalkan Dia Dengan Perkataan ‘Takut'”, – Yana Samsudin Bawa Anak Kenali Generasi Ketiga Keluarga, Bawa Masuk Kebun

Share

Sambutan tahun baru bagi pelakon dan hos, Yana Samsudin agak istimewa pada tahun ini apabila dia berpeluang merasai keindahan flora dan fauna di Kampung Taee, Sarawak.

Lebih menarik, Yana turut membawa anaknya, Aisy Mateen. Yana turut berkongsi beberapa keping fotonya bersama keluarga dengan melakukan beberapa aktiviti desa, termasuk bertemu dengan sanak saudaranya di sana.

Pada masa sama, dia turut mendedahkan anaknya kepadap persekitaran di kampung halaman dan dia teruja kerana anak lelakinya itu kini menunjukkan minat terhadap alam semula jadi.

Foto tersebut dimuat naiknya menerusi Instagram, sehari lalu.

“Mateen setakat ni menunjukan minat yang tinggi terhadap alam semulajadi.. haiwan, air , gunung awan … nampak air je dari jauh dah jerit Water!!!! Air!!! Fishhhh!!!

“Tapi bila suruh berendam sorang sorang dia takut.. hahaha . Kalau swimming pool baru baru ni dia berani sikit mungkin sebab air tu jernih. Adalah dia berangan nak terapung kat pool dalam,” tulis Yana yang turut berpesan agar tidak terlalu mendedahkan kanak-kanak dengan perkataan ‘takut’.

Satu je nak pesan budak budak ni sebenarnya jangan kenalkan dia dengan perkataan “takut”.

“Kadang kadang mak ayah tak nak sebut langsung depan anak sanggup eja, tapi orang sekeliling kita suka sebut perkataan takut, suka takut kan budak, takut hantu lah, takut lemas lah, takut itu takut ini apa sahaja perkataan negatif lah.

“Lama lama budak budak jadi takut tapi tak tahu takut apebendaaaa,” tulisnya panjang lebar.

“So berbalik dengan mateen, nak biasakan diri dia kena lah warm up dulu.. basah kan muka dia dulu, bagi dia pegang air dan celup sikit lepas tu lama lama dia ok.

“Dia pun dah mula tengok orang terjun terjun lama lama dia pun seronok lupa dah perasaan takut huhuhu. Tapi perasaan takut tu masih ada… hahaha normal lah. Ni namanya takut takut mau.

“Siapa yang kat sini sama dengan saya , tak nak sebut perkataan takut tu depan anak? Sanggup eja? Apa pendapat korang pulak? #mateendanmommy,” kongsi Yana.

Foto: Instagram Yana Samsudin

Published by
Rafiq Mazlan