“Nak Plan Taruk Nama Baby Ni,” – Isteri Bakal Bersalin Bulan Depan, Aliff Syukri Minta Cadangan Nama Anak Dari Netizen

Share

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri ada bertanya kepada para pengikutnya di media sosial mengenai apakah nama paling sesuai untuk diberikan buat anak kelimanya yang bakal lahir bulan hadapan.

Malah, penyanyi Abang Nak Tegur itu juga turut memberi bayangkan mungkin akan mengambil cadangan nama yang diberikan netizen andai ia dirasakan sesuai.

“Korang rasa dalam perut isteri abang ini baby girl or baby boy.. cer teka?? abg nak plan taruk nama baby ni.. kalau dapat baby girl.. apa nama yang paling sedap yang paling sesuai?? tapi kalau dapat baby boy pula apa nama yang sesuai nak bagi abang konfius lah?

“Nama yg yang korang rekemn paling unik dan istimewa mungkin abang akan ambil untuk abang gunakan sebagai nama anak yang dalam kandungan ini.. neveouss nak tunggu dia keluar next month.

“Kalau boleh abang nak cari nama-nama yang baik dan memberi makna yang bagus dlm islam.. maklumlah abang ni bukannya baik mana pun,” maklumnya.

Pada masa sama, Aliff juga mengharapkan agar cadangan nama yang diberikan mempunyai maksud yang baik-baik.

“Jadi kalau boleh nak ada nama anak yang baik dan memberi maksud yang baik juga semoga kita semua diberi kan rahmat dan kebaikan amin-amin yarobalalamin,” pinta Aliff yang telah pun menerima pelbagai nama cadangan dari netizen.

Sebagai informasi, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.

Hasil perkongsian hidup pasangan usahawan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi serta turut mengambil seorang anak angkat perempuan.

Foto: Instagram Aliff Syukri

Published by
MH