Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin malam tadi berkongsi perkembangannya sebelum melahirkan anak ketiganya, hari ini.
Menerusi Insta Stories, isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu memuat naik video ke yang sudah pun tiba di hospital kira-kira jam 1 pagi.
“Sekarang pukul 1 pagi. Nak ‘potong’ perut pukul 7… 7.30 (pagi). Pukul 1 pagi baru datang ke hospital. Rasa macam mana?,” seloroh Tilla.
Menerusi perkongsian seterusnya, peserta Dewi Remaja sezaman Neelofa ini turut berkongsikan suasana biliknya.
“Inilah bilik daripada anak first, second sampai anak yang nombor tiga di bilik yang sama. Berdebarlah tak boleh nak kata. Ya Allah doakan Tilla.
“Bapak (Sam) sentiasa ada dekat belakang ibu,” katanya lagi.
Sementara itu, Tilla turut meminta doa yang baik-baik daripada semua yang berjanji untuk berkongsikan wajah permata hati bongsunya buat tatapan peminat.
“Mai tunjuk muka sat, malam satgi nak kena admit dahhhh. Esok pagi nak bok keluaq baby dah!
“Ya Allah tak sabaq. Esok kami update muka baby teroih na. doakan Tilla,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.
Foto: Instagram Syura Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI