Untuk terus kekal relevan dan bertahan dalam bidang seni tempatan bukan saja bergantung kepada kualiti dan karya dihasilkan, tapi juga sokongan daripada peminat.

Ungkapan tanpa peminat siapalah seseorang artis itu diibaratkan kata-kata keramat yang menjadi pegangan dan penguat semangat bagi terus mengabdikan diri dalam industri hiburan.

Begitu juga halnya dengan peminat apabila sokongan diberikan dibalas dengan kasih sayang dan cinta daripada artis kesayangan mereka.

Itulah yang dilakukan penyanyi terkenal, Siti Nordiana yang mana sentiasa menghargai dan mengenang jasa peminat yang setia bersamanya dari dahulu sehingga kini.

“Nak Puaskan Hati Semua, Tapi Saya Tahu Tak Boleh,” – Siti Nordiana Mahu Cipta Hubungan ‘Best’, Hargai Peminat

Malah, lebih menggembirakan dirinya apabila dia turut berjaya mengumpul peminat dari generasi baharu.

Lalu, sebagai tanda terima kasih dan sayang, Siti Nordiana telah pun muncul dengan Konsert Virtual Siti Nordiana & Fans pada 25 Disember lalu, pukul 9 malam di Facebook Page Siti Nordiana.

Ads

Siti Nordiana, 36, atau lebih mesra disapa Nana berkata, konsert secara percuma itu diadakan bagi mengubat rindu peminat yang sudah lama tidak menyaksikan persembahannya secara langsung.

“Saya buat konsert ini untuk berterima kasih kepada peminat yang sudah mengundi saya selama ini. Dalam erti kata lain, ini lebih kepada konsert terima kasih dan tanda kasih sayang pada mereka.

“Ia percuma saja dan boleh klik di Facebook Page Siti Nordiana.

“Tambahan pula, sejak pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak ada persembahan dibenarkan dan membabitkan penonton, jadi mereka tidak lagi berpeluang datang menonton dan memberikan sokongan.

“Disebabkan itu, saya ambil keputusan untuk buat konsert ini. Walaupun ia diadakan secara normal baharu, sekurang-kurangnya saya dapat menghiburkan mereka secara langsung dalam tempoh yang agak panjang.

Ads

“Kiranya ini hadiah saya buat mereka dan dapat juga mengubat rindu,” katanya yang mesra disapa Nana.

“Nak Puaskan Hati Semua, Tapi Saya Tahu Tak Boleh,” – Siti Nordiana Mahu Cipta Hubungan ‘Best’, Hargai Peminat

Menurut Nana, walaupun konsert itu dianggap masih belum mampu memuaskan hati semua peminat, jauh di sudut hatinya dia sentiasa cuba memberikan yang terbaik pada setiap karya yang dihasilkan sama ada dalam nyanyian atau lakonan.

“Saya nak puaskan hati semua peminat, tapi saya tahu tak boleh. Tapi saya harap dapat keluarkan lagu yang menarik, bagus dan beri kesan pada mereka.

Ads

“Jadi, apabila mereka terus bersama saya, saya sangat hargai sehingga sanggup habis duit untuk mengundi dan menyokong setiap produk dihasilkan. Hubungan ini yang sangat ‘best’ dengan peminat.

“Paling penting mereka sangat faham saya dan tidak pernah halang saya. Kalau saya buat salah sekali pun, mereka tak akan hentam dan kritik secara terbuka, tapi mereka akan mesej peribadi di DM dan tegur secara baik.

“Tidak ada sampai tahap nak hina malah jauh sekali nak mengongkong saya,” katanya.

Lebih menarik konsert tersebut juga turut ditayangkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music selepas sesi secara langsung itu berakhir.

Foto: Instagram Siti Nordiana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI