“Nak Pukul Anak Masuk Penjara,” – Habis Pecah Berderai Pinggan Sharifah Shahirah ‘Dikerjakan’ Anak Gadis

Share

Tidak mampu menahan kemarahan apabila anaknya, Allisha Tahir memecahkan pinggan mangkuk apabila diminta membantu di dapur.

Gurau Sharifah Shahirah, kalau dipukul bimbang masuk penjara, namun apabila dimarah seolah-olah tidak lut.

Geram tahap maxima…nak pukul anak masuk penjara…kata mak garang.

“Marah dah tak lut.

“Haaaa ambik ..pecahkan pinggan …angkat pinggan pun vongokkk.

“Tak suruh nanti tak reti..bila suruh ni jadinya,” tulisnya.

Melihatkan reaksi Allisha yang tersenyum sambil merakam gelagat ibu yang sedang menahan marah menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan netizen. Kata mereka, jika dahulu anak-anak begitu takutkan ibu bapa.

Namun ada juga yang lucu melihat keletah Shiera memarahi anak sulungnya.

Allisya merupakan anak Shiera hasil perkahwinan terdahulunya bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt.

Shiera kemudian diijabkabul dengan pelakon Ijoy dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.

Foto : Instagram Shiera

Published by
Noraini Abd Wahab