Pelakon, Diana Danielle menyeru semua pihak untuk tidak mempertikaikan jumlah pemberian duit raya yang diterima di musim perayaan ini.
Menurut Diana, kita sepatutnya berasa bersyukur kerana duit raya itu diberikan atas dasar keikhlasan.
“Sekarang ini orang tak faham ke duit raya itu bukan wajib tapi salah satu bentuk sedekah yang ikut keikhlasan dan kemampuan seseorang tu.
“Seringgit ke seratus ringgit ke, enjoy sahajalah perkara baik di musim perayaan ini,” tulisnya.
Pandangan itu disuarakan sendiri oleh isteri kepada pelakon Farid Kamil itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Diana turut menyelar tindakan segelintir pihak yang merasakan diri mereka layak menerima duit raya dalam jumlah yang besar.
“Nak rasa berhak dan mempersoalkan sangat dah kenapa? Sampai kata kalau banyak ini, baik tak payah bagi. Apa ingat nafkah ke? Relax la.
“Saya pun dapat RM10 dari my uncle haritu wah rasa berbunganya. Lama tak dapat duit raya.
“Enjoy paham enjoy? Ni kerja tak puas hati sahaja memanjang,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut menasihatkan sifat meminta-minta ini harus dihentikan terutamakan sekali buat golongan anak muda dan kanak-kanak.
“Saya masih ingat, mak saya selalu pesan semasa kecil, jangan buka sampul duit raya di depan orang ramai.
“Zaman sekarang orang banyak tak bersyukur sis. Walau budak kecil pun, alahai mulut boleh tahan.
“10 ringgit mungkin kecil bagi kita namun besar untuk orang lain. Sambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran bukan nak collect duit raya. Kita dah kerja orang bagi kita terima. Selepas itu doakan si pemberi.
“Kannnnnn. Orang sekarang ni tak pandai berterima kasih. Raya pun bukan pasal duit raya tapi meraikan hari dengan gembira,” antara komen-komen netizen.
Ketika ini, isu jumlah duit raya antara topik yang hangat diperkatakan di media sosial.
Ada segelintir pihak yang mengatakan bayi yang masih kecil tidak sepatutnya diberikan jumlah yang besar sebaliknya ia patut diberikan mereka yang sedang menuntut di institut pengajian tinggi.
Pada pendapat MH, terpulanglah kepada si pemberi. Sebagai penerima, kita sepatutnya bersyukur dan bergembira kerana tradisi duit raya ini masih diteruskan sehingga hari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & X Diana Danielle
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI