Bagi pemilik kucing, telatah ‘Si Bulu’ ketika di rumah ada kalanya memang mencuit hati.
Malah, ada ketika kita tidak mampu untuk melarang sebaliknya hanya merelakan sahaja segala tindak tanduk mereka disebabkan rasa sayang.
Terbaharu, perkongsian video daripada pelakon, Nabila Huba bersama kucingnya, Akiko menarik perhatian ramai pihak.
Video yang dikongsikan di dalam Instagram itu memaparkan Nabila sedang menikmati bijirin coklat sambil berkongsi susu bersama kucingnya di dalam satu mangkuk yang sama.
“Akiko pun nak sibuk juga. It’s okaylah. Sharing is caring,” tulisnya.
Anak kepada penyanyi, Amy Search itu dilihat amat bersahaja dan tidak terganggu dengan tindakkan kucingnya itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakkan tersebut selain turut menyifatkan Nabila sebagai pemilik kucing yang sangat penyayang.
“Aku suka dia berlakon, masak dan sayang kucing dia. Senang cerita memang aku sayang Abil.
“Orang kalau dah sayang kucing macam anak sendiri, memang macam ni lah. Aku pun macam tu. Masa nak berbuka dioarang ikut panjat meja nak berbuka sekali.
“Bagi pencinta kucing, kami tiada istilah geli kalau share makan dengan kucing.
“Tak mengapa, dalam Islam kucing ni haiwan yang suci termasuk air liurnya. Jadi, tiada masalah,” antara komen-komen netizen.
Sementara itu, ada juga netizen yang mempersoalkan mengenai aspek kebersihan mengenai tindakan kucing tersebut.
“Teringin nak macam ni dengan kucing saya tapi bila teringat dia suka sangat jilat punggung bini dia, tak jadi nak share,” kata seorang individu.
Lantas, Nabila meminta semua pihak agar berfikir secara berlebihan kerana menyifatkan penyakit boleh datang pada bila-bila masa sahaja.
“Tak payah fikir sampai ke siti kot. Jauh sangat tu fikir. Kalau nak sakit atau nak mati, bila-bila pun boleh. Tak perlu tunggu kucing jilat bontot,” balasnya.
Terdahulu, video berkenaan telah pun meraih lebih 300,000 jumlah tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nabila Huda