Pelakon dan usahawan Wawa Zainal memberikan dedikasi bersempena hari jadi suaminya yang juga pelakon, Aeril Zafrel dengan cara tersendiri.

Kali ini, Wawa yang merakam ‘keletihan’ suaminya yang sedang dukung sambil menyusukan anak keempat mereka dengan botol susu sebagai ‘hadiah’ sempena ulang tahun kelahiran aktor itu yang genap 33 tahun usianya.

Seloroh Wawa menerusi Instagram, ia dibuat agar Aeril  yang genap usianya 33 tahun semalam bersetuju dengan hasratnya untuk ‘tutup kilang’ selepas ini.

Ads

“Happy birthday my love. Nah hadiah hari jadimu, kepenatan. Nak sangat anak ramai kan. Saje buli dia jaga sepanjang malam supaya dia setuju untuk tutup kilang.

“I love u @aeril_zafrel, suami terbaik & ayah yang terbaik untuk anak-anak. Begini la nanti setiap tahun, 3 hari berturut-turut posting pasal birthday je.

Ads

“Korang rasa berapakah umur Aeril?,” tulis Wawa pada ruangan kapsyen.

Gurauan Wawa itu nyata mendapat perhatian wargamaya dan hingga kini, video pendek tersebut sudah pun ditonton lebih 800,000 kali bersama ratusan komen yang ditinggalkan.

Ads

Anak keempat mereka selamat dilahirkan pada 30 November lalu.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI