Penyanyi Alina Hassan mengakui dia tidak kisah sekiranya perlu bermula dari bawah untuk kembali memeriahkan industri seni, meskipun pernah bergelar Juara Passport Kegemilangan 1996 sebelum ini.
Alina, 57, yang juga pemenang tempat ketiga program realiti, Mentor Otai di samping Allahyarham Siti Sarah berkata, dia juga tak malu untuk mengikuti mana-mana uji bakat nyanyian secara terbuka.
“Kau nak segan kau ada apa? Nak malu apa? Kalau setakat bergelar juara Sinaran Passport, tak payahlah. Kita jadi diri sendiri saja.
“Saya hanya buat perkara yang saya suka dan yakin boleh lakukan. Saya pernah bergelar penyanyi dan ada yang kenal dulu, cuma kemudian nasib tidak berapa baik.
“Jadi saya kembali kerja macam biasa. Misalnya saya pernah buat persembahan busking, kerja membersih, jadi pengawal keselamatan, ‘personal shopper’ dan sebagainya.
“Jadi saya tiada masala untuk kembali sertai program berbentuk pertandingan. Yang penting kalau ada rezeki, jalan terus,” katanya yang kini kerap melakukan ‘busking’ di sebuah kafe selain turut menjana pendapatan menerusi TikTok.
Ads
Ditanya mengenai harapan apabila terpilih sebagai 100 peserta teratas One In A Million (OIAM) musim terbaharu, penyanyi lagu Dingin ini percaya kepada rezeki.
Malah semangatnya juga berkobar apabila menerima maklum balas baik warganet sejurus video sedutan sesi uji bakatnya tular di media sosial, bulan lalu. “Bila tengok kepada hadiah yang ditawarkan, kita pun sama teruja untuk cuba nasib. Cuma tujuan sebenar saya ialah untuk cabar diri.
“Tambahan lagi bila saya difahamkan tiada had umur untuk serta sesi uji bakat, mengapa tidak untuk saya cuba? Ada lagi tak orang yang nak dengar suara ‘makcik’ ni kan?
Ads
“Jadi saya pun hadiri sesi uji bakat di Shah Alam dan alhamdulillah saya terpilih dan video persembahan saya ketika itu pun jadi tular.
“Bersyukur sebenarnya bila baca kata semangat dan doa dari warganet, Allahuakbar. Kebanyakannya saya baca dan aminkan,” katanya lagi.
Terdahulu, barisan 100 peserta OIAM sudah pun diperkenalkan dan musim kali ini menampilkan Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan sebagai juri tetap.
Ads
Juara OIAM 2024 akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000, sebuah kereta Peugeot 408 GT dan kontrak rakaman yang kesemuanya berjumlah RM1 juta.
Program itu akan bersiaran di TV3 bermula 22 Disember depan dan untuk rekod, tiga edisi OIAM sebelum ini menobatkan Suki Low, Ayu Damit dan Tomok sebagai juara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Saharul Ridzwan baru-baru ini telah merakam video secara diam-diam apabila mendapati anaknya, Muhammad Luth Ali sedang membaca Iqra’ di balik tirai rumahnya.
Malah, Saharul tidak menyangka bahawa anaknya yang berusia tiga tahun itu memahami sesuatu tindakan atau ajaran yang disampaikan dalam apa juga perkara.
“Mengaji belakang langsir!
“Ingat kan hari tu sy ajar Ali baca Iqra’? Nampak macam dia tak dengar, main-main, tapi sebenarnya anak kita ni saja je.
“Dia dengar and cepat ingat apa yang kita ajar atau buat. Jadi, bersabarlah kita sebagai ibu dan ayah dalam mendidik anak. InShaaAllah,” tulisnya.
Foto yang dimuat naik pelakon, Adeline Tsen di tepi sebuah kolam renang baru-baru ini mendapat perhatian netizen.
Dalam foto itu, kelihatan Adeline sedang membuat ‘pose’ baring di tepi kolam renang dengan hanya berpakaian berbaju renang jenis ‘one piece’ dan menampakkan sedikit lurah dan bahagian ketiaknya.
Susulan itu, di ruangan komen pula kelihatan ada netizen yang memberikan komen mengenai perkara tersebut.
Namun, kelihatan ramai netizen yang turut memuji pelakon drama Shhh…I Love You itu.
Sebelum ini, aktress itu pernah ditegur netizen kerana berpakaian seksi dan diminta agar menghormati sensitiviti rakyat Malaysia.
Selain Adeline, ada juga selebriti lain yang turut terkena tempias ditegur netizen kerana soal pemakaian seperti Scha AlYahya, Sharifah Sakinah, Reen Rahim dan ramai lagi.
Foto/Instagram: Adeline Tsen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Ernie Zakri berkongsi cerita mengenai siapa di antara dia dan Syamel yang ‘confess’ terlebih dahulu dalam perhubungan mereka.
Dalam program Studio Sembang yang dikelolakan Amelia Henderson, Ernie mengakui dia terlebih dahulu membuka mulut dan meluahkan perasaan terhadap Syamel.
“Saya telefon dia, saya cakap, ‘Eh Syamel, aku ada benda nak cakap dengan kau. Aku suka kau tau, tapi tak apa, kau tak balas tak apa, aku okay je’,” kata Ernie.
Apa yang menghiburkan netizen ialah jawapan balas Syamel yang turut diceritakan oleh Ernie dalam podcast tersebut.
“Pastu dia (Syamel) macam ‘Eh sabarlah, aku tak bagi jawapan lagi. Sebenarnya aku pun suka kau’,” cerita Ernie lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji keberanian Ernie yang terlebih dahulu meluahkan perasaan terhadap insan yang disayanginya.
“Saya confess kena reject. Tahu-tahu dia dah kahwin haha.
“Aku tak seberani Ernie.
“Boleh ke aku buat macam ni?Hahaha kau tiada keyakinan diri.
“Okay memberi aku semangat untuk membuat first move.
“Dia sangat berani, banyak kali aku tengok part tu,” komen sebahagian netizen.
Sekadar info, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan hasil perkahwinan, pasangan penyanyi ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha yang kini berusia setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!