Menerusi salah satu segmen program MeleTOP semalam, pelakon Elfira Loy telah diundang khusus bagi berkongsi mengenai penjagaan wajah selain bercerita mengenai perkembangan terkininya yang sedang sarat hamil tujuh bulan.
Menarik pada dihujung segmen, bintang Kum Kum itu secara seloroh ada meminta Neelofa untuk mendoakan anak sulungnya yang bakal lahir tidak lama lagi.
“Bila kita dapat tengok baby ni?,” tanya Neelofa dan Elfira atau lebih mesra disapa El menjawab dia bakal melahirkan anaknya itu kira-kira dalam tempoh dua bulan akan datang.
“Lagi dua bulan lebih sikit je,” katanya sambil Nabil memuji El yang dikatakan seperti tiada masalah alahan atau muntah-muntah sebagaimana di alami para ibu hamil.
“Semoga selamat sihat,” ucap Lofa sebelum berakhir lalu ia segera disambul El;
“Doalah Kak lofa. Nak suruh Kak Lofa doa untuk anak saya. Nanti panjang sikit doa,” pinta El sambil disambut dengan gurau Nabil.
Dalam perkembangan lain, El bakal muncul menerusi sebuah telemovie Ogos depan di Astro Ceria dan Astro Prima.
Foto: YouTube MeleTOP
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Belum Lahir Kami Dah On Air,” – Tak Dapat Bezakan Antara Fedtri Yahya & Ally Iskandar, Tidakan Kanak-Kanak Ini Bikin Ramai Terhibur
Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya akui terhibur dengan kelakuan seorang kanak-kanak yang tidak dapat membezakan dirinya dengan seorang lagi rakan penyampai, Ally Iskandar ketika hadir di set Malaysia Hari Ini (MHI) baru-baru ini.
Menurutnya, kanak-kanak yang ingin berkongsi produk jus dan jeruk itu mungkin keliru kerana gandingan Ally dan Fedtri sememangnya sudah sinonim dengan rancangan bual bicara pagi itu.
Jauh beza. 😅 maybe sbb kami sinonim dengan MHI. More than 15 years pic.twitter.com/hA7CrnzsFX
— Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) June 9, 2020
“Alamak. Sian adik ni tak dapat bezakan.
“Dia belum lahir, kami dah on air.
“Jauh beza. Maybe sebab kami sinonim dengan MHI. More than 15 years,” tulisnya.
Tambah Fedtri lagi, dia dan Ally telah pun berkhidmat dengan program tersebut sejak 15 tahun yang lalu.
Dalam pada itu, pengacara program Jejak Rasul itu turut mendoakan semoga perniagaan yang diusahakan oleh kanak-kanak tersebut terus sukses.
Harap jualan adik meningkat ya 🤪 dan jgn lupa pakcik nak juice tu 😋
— Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) June 9, 2020
“Harap jualan adik meningkat ya dan jangan lupa pakcik nak juice tu,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Fedtri itu.
Sumber: Twitter Fedtri Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terima Kasih Tengok Kartun Malaysia, May Allah Bless You,” – Penangan Omar & Hana Ditonton Paul Pogba, Peminat Malaysia Luah Rasa Teruja
Tahukah anda, industri animasi tanah air kini bukan sahaja dapat menarik perhatian penonton tempatan, malah ia juga telah berjaya menambat hati jutaan penonton di seluruh dunia.
Buktinya, baru-baru ini, nama bintang bola sepak Manchester United, Paul Pogba hangat diperkatakan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia bukan kerana aksi lincahnya di atas padang tetapi disebabkan seri animasi yang ditontonnya bersama keluarga.
Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Pogba yang memiliki jumlah pengikut seramai 48.1 juta itu dilihat sedang menonton siri animasi Islamik popular negara yang berjudul Omar dan Hana.
Perkongsian tersebut nyata menzahirkan rasa teruja buat suluruh rakyat Malaysia malah ia juga disifatkan sebagai pendedahan yang terbaik buat siri animasi terbitan syarakat produksi Digital Durian itu.
Dalam satu hantaran di laman Instagram, pihak Omar Dan Hana turut meluahkan rasa teruja mereka terhadap posting yang dimuat naik oleh pemain antarabangsa Perancis itu.
“Meremang Min dengar bila player bola kegemaran Min pun tengok Omar & Hana. ada peminat #ManchesterUnited tak kat sini?,” tulis pengendali akaun tersebut.
Sementara itu, netizen turut dilihat membanjiri ruangan komen Instagram bapa kepada dua orang cahaya mata itu.
“Pogboom, nanti boleh buat character dalam Omar Dan Hana ni.
“Omar & Hana. Thank you for watching Malaysian cartoon. May Allah bless you king Pogba.
“Bangga aku jadi orang Malaysia.
“That is Omar Dan Hana from Malaysia,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Setakat ini, entri berkenaan telah pun meraih lebih 800,000 takda suka selaik turut dihujani ribuan komen.
Sekadar informasi, siri Omar dan Hana ini membawa penonton mengikuti perjalanan Omar, Hana, keluarga dan rakan-rakan ketika mereka belajar tentang nilai Islam dan ciri-ciri Islam yang baik.
Selain bahasa Malaysia, siri animasi ini juga turut diterbitkan dalam beberapa bahasa lain antaranya Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Urdu.
Sumber: Instagram Paul Pogba & Omar Hana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wow! Tak Sangka Datuk Rafiena Ada Adik Yang Manis Dengan Senyuman. Rupa-Rupanya…
Pelakon dan pengarah, Datuk Rafiena Ezanee Ramli sering berkongsi gambar bersama adik perempuanya dikenali sebagai Fazriena Ezwanie.
Fazriena, 21, merupakan bintang media sosial (Instafamous) yang memiliki hampir 100,000 pengikut.
View this post on InstagramMe and my lovely sista @fazriena_ezwanie 😘😍 #happy weekend uolss🤗 #positiveenergyfamily
A post shared by Dato'Tun Puteh Rafiena Ezanee (@datorafiena) on
Sering berkongsi foto dan menggayakan fesyen OOTD di Instagram miliknya, Fazriena tampil menawan dan ‘catchy’ dengan keperibadiannya tersendiri.
Malah, gadis tersebut sering berkongsi gambar bersama kakaknya, Rafiena.
View this post on Instagramrambut tersekat pulak dkt telinga
A post shared by 🌻 (@fazriena_ezwanie) on
View this post on Instagramyour wings already exist 🦋 all you have to do is fly 🧚🏻♀️✨
A post shared by 🌻 (@fazriena_ezwanie) on
Menerusi ruangan komen, rata-rata memberikan pandangan masing-masing terhadap kedua beradik itu.
Foto : Instagram Fazriena Ezwanie/ Dato Rafiena
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI