Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah atau nama sebenarnya, Nonny Nadirah Zainuddin telah berkongsi penghijrahannya baru-baru ini.

“Tiada daya dan kekuatanku melainkan pertolonganMu Ya Allah… “

“Tonton video penuh penghijrahan @nonnynadirah di Facebook Salam Muslim. #NonnyNadirah #Hijrah #Hijab #Wanita
#nonnynadirah” tulisnya.

Lantas, penghijrahan pelakon yang berusia 30 tahun itu turut menjadi tanda tanya netizen kerana merasakan Nonny menghadapi masalah rumahtangga.

Ads

“Alhamdulillah…cuma nak tahu kak nonny dah single ke sekarang” tulis netizen.

“Nak Tahu Kak Nonny Single Ke Sekarang?”- Unfollow, Tiada Lagi Foto Suami Di IG, Perkahwinan Nonny Nadirah Jadi Tanda Tanya…

“Nak Tahu Kak Nonny Single Ke Sekarang?”- Unfollow, Tiada Lagi Foto Suami Di IG, Perkahwinan Nonny Nadirah Jadi Tanda Tanya…

Ads

Malah, ada di antara peminat yang membayangkan perkahwinan Nonny bersama suami, Mustain Adnan sedang bermasalah apabila pasangan ini tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di Instagram.

Lebih menguatkan spekulasi, pasangan ini sudah jarang memuat naik gambar bersama di laman media sosial tersebut.

“Nak Tahu Kak Nonny Single Ke Sekarang?”- Unfollow, Tiada Lagi Foto Suami Di IG, Perkahwinan Nonny Nadirah Jadi Tanda Tanya…

Ads

Namun, sehingga kini tiada lagi kenyataan dari Nonny berhubung isu ini mahupun dari pihak suaminya.

Untuk rekod, Nonny telah mendirikan rumah tangga bersama Mohamed Mustain Mohamed Adnan, yang juga merupakan seorang duda anak satu, pada 18 Mac 2018 lalu.

Apa pun, MH mendoakan yang baik baik buat Nonny dan suami. Semoga semua urusan dipermudahkan.

Foto : Instagram Nonny

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI