Kreatif sungguh pasangan selebriti popular ini. Jenuh MH nak kena tekan link Instagram banyak kali untuk lihat romantisnya Wawa Zainal dan Aeril Zafrel.
Sekeping gambar Wawa memegang bunga yang diberi tangan seseorang.
Tulisnya, jika nak tahu siapa empunya tangan boleh tekan link.
Walaupun sudah maklum tangan itu empunya sang suami, Aeril Zafrel, namun netizen tetap tekan link untuk melihat reaksi pada wajah lelaki itu.
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ada berkongsi fotonya yang sedang menikmati keindahan alami di resort yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu, Sugeh Resort.
Malah penyanyi Cuba Bahagia ini turut memberi reaksi terhadap kecaman netizen selain berkongsi mengenai promosi yang ada di lokasi cuti-cuti miliknya itu.
“Mood holidy hari ni walapun teruk di kecam naitizen yg tiada hati perut.Selamat pagi korang semua, lawa tak tmpat ni?
“Harini abang menenangkan fikirkan di @sugeh.resort. Korang rasa cantik tak perrmandangan ini. Tenang tau. Seronok apabila melihat permandangan yang indah macam ni,” tulisnya.
Aliff pada masa sama turut berkongsi mengenai Perintah Kawalan Pergerakan yang kini memasuki minggu ketiga perlaksaan.
“Abang tidak boleh membayangkan kalau abang duduk di rumah tinggi mcm flat atau Arpatmen maklumlah tidak boleh pergi ke mana mana. , gym .. swing pool ke, serba serbi tutup. Serba serbi tutup. Mesti rasa bosan kan.
“Bilalah nak habis PKP ni. Nak bebas macam dulu. Terbang macam burung. Kalau korang nak bercuti dekat sini korang boleh followed Instagram @sugeh.resort Sebab kami sedang buat promosi potongan 50% harga serendah rm150 semalam, sampai mana musim bukan romandhan utk kemasukan lps raya atau covitt,” kongsi bapa kepada lima cahaya mata ini.
Di samping itu, peminat turut menitipkan kata-kata semangat buat Linda supaya terus tabah dan cekal dalam dugaan kehidupan.
Terdahulu, Ibu Linda telah pulang ke rahmatullah selepas mengalami beberapa komplikasi termasuk jangkitan kuman dalam darah selepas terkena gigitan serangga 11 Januari lepas.
Gambar
Gambar
Foto : Instagram Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas 25 hidup bersama, isteri kepada pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki iaitu Datin Maria Christina Orow Abdullah mengesahkan mereka kini sudah bercerai dan membawa haluan masing-masing.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya itu, Christina menyatakan mereka sudah bercerai pada April lalu dan pengumuman itu dibuat sebaik sahaja tempoh idahnya berakhir.
“Hanya tinggal beberapa bulan sahaja sebelum menyambut ulang tahun ke-25 perkahwinan kami, saya dan Afdlin membuat keputusan untuk bercerai pada April lalu.
“Keputusan dibuat agak pantas, mungkin kerana tidak dapat dielakkan.
“Kami menghebahkan perkara ini sekarang sebagai menghormati proses idah tiga bulan yang sudah berakhir,” tulis Christina.
Dalam kenyataan yang dibuat itu juga, Christina berkata kebahagian mereka diuji ketika pandemik Covid-19 yang mencetuskan salah sekali gus menjadi punca keretakan rumah tangga.
“Sebenarnya, kehidupan kami berjalan dengan sempurna, melihat anak-anak membesar serta kami berganding bahu membangunkan syarikat bersama-sama.
“Namun, perpisahan mula berlaku secara berperingkat apabila kami mula membuat keputusan secara sendiri.
“Ketika pandemik Covid-19 melanda, kehidupan saya dan Afdlin mula berubah, seakan berlaku salah faham. Meski kami cuba untuk mendapatkan kembali kehidupan seperti dulu, namun ia tidak berjaya apabila masing-masing mengambil keputusan untuk membawa haluan sendiri,” tulis Christina lagi.
Walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, Christina dan Afdlin akan terus saling menyokong di antara satu sama lain.
“Kami capai persetujuan bila berpisah, ia tidak perlu menjadi satu penamat yang menyedihkan. Sebaliknya, kami akan terus menyokong satu sama lain sebagai seorang sahabat.
“Kami mengharapkan privasi anak-anak kami dihormati dan semoga semua selamat, sihat dan bahagia,” tulisnya lagi.
Christina dan Afdlina berkahwin pada 1997 dan dikurniakan tiga anak perempuan iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.
Anak sulung mereka, Mia Sara turut berkecimpung dalam bidang lakonan mewarisi bakat seni bapanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wajah manis Nurshazwani Shamsuddin, atau Cik Manggis sentiasa menyenangkan mata yang memandang.Sesuai dengan gelaran 'Ratu Transition', penyanyi dan pelakon yang mengumpul lebih 800K pengikut...