Jodoh, ketentuan hidup, ajal dan maut merupakan antara perkara-perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Namun persoalan yang mungkin sentiasa bermain di minda manusia adalah bilakah jodoh itu akan tiba?
Malah, persoalan sama sering diterima oleh aktress jelita, pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zara Zya. Malah, seiring meningkatnya usia semakin kerap Zara dihujani persoalan tentang, bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya.
Namun, Zara Zya kekal tersenyum dan menjawab pertanyaan yang diajukan dengan tenang dan bersahaja. Ketika team MH berkesempatan menemui figura yang kecil molek ini dan bertanyakan persoalan sama, ini respon yang diberikan Zara.
Zara Zya Tak Pernah Jadikan ‘Jodoh’ Isu Besar Dalam Hidup
Ads
“Umur sekarang ni 38 tahun. Jodoh? Tiada isu langsung. Alhamdulillah.. Setakat ini Zara selesa dengan diri Zara sekarang, nak takut buat apa jika jodoh lambat? Sebab ini kehidupan kita sendiri, lebih takut kalau kita tiada duit, tiada tempat tinggal, tiada makanan dan sebagainya.
“Itu lebih menakutkan, setakat ini Zara gembira dengan diri sekarang. InshaaAllah, kalau bertemu jodoh dah tentu Zara akan lebih bahagia dan tunggulah, doakan yang baik-baik untuk Zara.
Menurut Zara, jodoh bukanlah suatu yang boleh ditetapkan oleh dirinya. Bagaimanapun, dia juga sama seperti wanita lain diluar sana yang mendambakan untuk membina mahligai cinta bersama jejaka yang berjaya memiliki hatinya.
Justeru, Zara memohon agar para peminat mendoakan agar dia segera bertemu jodoh. Zara tidak menafikan bahawa kebanyakkan peminat tertunggu-tunggu untuk melihat momen di hari bahagia dan bersejarah miliknya.
Ads
Jelas Zara lagi, dia memahami mungkin faktor usianya yang semakin meningkat dan mencecah angka 40-an juga merupakan antara punca peminat sering mengaitkannya dengan mana-mana lelaki.
Rezeki Allah Bagi, Makan Banyak Tapi Berat Tak Naik
Ketika diajukan soalan, bagaimana Zara mengekalkan penampilan dan kesihatan tubuh badanya yang sentiasa kelihatan ‘maintain’, ini yang didedahkan oleh beliau.
“Macam badan Zara, masih kekal (maintain) je dari dulu. Tiada la orang kata kenapa makin kurus? Tapi orang selalu cakap maintain je Zara ni kan. Alhamdulillah.. Rezeki Allah bagi, makan banyak pun berat tak naik. Kalau naik pun sikit je, tak melampau.
Ads
“Nak kata selalu bersenam pun tak. Memang tidur je kalau tak shooting, kalau makan pun Zara majab banyak juga. Penampilan muka, wajah, badan, stamina dan sebagainya Zara amalkan supplement dan Zara suka makan ulam, banyakkan makan buah dan juga sayur-sayuran.
“Zara memang tiada lakukan sebarang senaman, kalau dekat televisyen jual barang-barang nak pergi gimnasium kan, Zara beli, tapi simpan dalam store. Tiada rasa nak bersenam pun. Sebab Zara tak suka penat.
“Lagi pun Zara ada sakit sendi, jadi bila penat Zara memang tak larat nak buat apa pun. Apa yang boleh Zara jaga ialah makan supplement dan makan makanan yang seimbang dan sihat,” ujarnya.
Hos dan pelakon, Uyaina Arshad menafikan dakwaan yang kononnya, dia kini sedang jalin cinta dengan penyanyi Indonesia, Ridho Rhoma.
Sebaliknya, bintang cantik ini hanya menganggap anak kepada penyanyi dangdut terkenal, Rhoma Irama itu tidak lebih sebagai rakan sesama artis semata.
“Sejak saya dan Ridho ‘dikenen-kenen’ oleh pengacara dan juri dalam program Dangdut Academy Asia 4 (DAA4) yang bersiaran secara langsung tahun lalu, banyak pihak mula gosipkan kami mempunyai hubungan istimewa.
“Malah, sehingga kini peminat di Indonesia masih cuba mendekatkan saya dan Ridho untuk bersama apabila menerima banyak mesej peribadi yang menghantar gambar kolaj saya dan Ridho.
“Padahal saya dan Ridho cuma bertemu di panggung DAA4 sahaja. Tidak berhubungan sama sekali,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Yang pasti, bintang Curi-Curi Cinta ini lebih gemar untuk beri fokus dalam seni terlebih dahulu sebelum terburu-buru dalam hal berkaitan jodoh.
“Fokus saya sekarang adalah untuk membina nama di Malaysia dan Indonesia. Saya nak fokus dengan kerjaya sebagai pengacara dan pelakon dulu.
“Lagipun saya tak nak terburu-buru dalam hal percintaan. Biarlah saya menikmati kehidupan solo ini. Kalau ada jodoh, adalah nanti,” jelas Uyaina jujur.
Sebelum ini, bintang berhijab itu dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan lelaki berkenaan apabila ramai peminat turut gemar andai keduanya disatukan sebagai pasangan kekasih.
Ia gara-gara keseradian mereka di atas pentas DAA4 dan rakaman terbabit yang disiarkan di YouTube kini mencecah lebih empat juta tontonan setakat ini.
Dalam perkembangan lainnya, Uyaina sekali lagi akan ke Jakarta, Indonesia pada 29 Ogos depan bagi mengacarakan dua program realiti iaitu Golden Memories Asia dan DAA5.