Musim perayaan semakin dekat, jadi pastinya seluruh rakyat Malaysia berpusu-pusu meraikan Aidilfitri dengan pulang ke kampung tak lama lagi.
Lalu pelakon senior, Jasmin Hamid menerusi Instagram berkongsi ada tindakan polis di Jerman yang mencegah kesesakan lalu lintas apabila berlaku kemalangan.
Menerusi video, pihak berkuasa itu telah menahan sebuah van di mana pemandunya memperlahankan kenderaan untuk mengambil gambar mangsa.
Lalu, pemandu itu diminta turun dan dibawa terus ke lokasi mayat untuk mengambil gambar dengan lebih dekat dan diberi saman.
“APA KATA ANDA?
Ads
“Setiap kali berlaku kemalangan di jalan raya, pasti ramai di kalangan pengguna yang akan memperlahankan kenderaan untuk melihat apa yang berlaku.
“Ada segelintir mereka ini yang mengambil gambar atau video insiden untuk dimuatnaik ke dalam media sosial.
Ads
“Perbuatan yang langsung tidak menjaga sensitiviti mangsa yang terlibat itu sangat tidak beradab dan memalukan.
“Bagi mengajar golongan yang suka mengejar ‘likes’ ini, Polis Jerman menggunakan pendekatan menarik dengan membawa mereka untuk melihat sendiri mangsa secara dekat.
Ads
“Pada anda, perlukah PDRM menggunakan kaedah yang sama untuk tujuan mendidik?”
Impian penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk bekerjasama dengan komposer terkenal Indonesia, Andi Rianto tercapai menerusi lagu Menjaga Cintamu yang juga lagu runut bunyi (OST) bagi filem Anwar, The Untold Story.
Filem Anwar, The Untold Story adalah sentuhan pengarah dari Indonesia, Viva Westi dan terbitan Bianglala Entertainment sementara lagu berjudul Menjaga Cintamu ciptaan Andi Rianto dan lirik oleh Sekar Ayu Asmara.
Menurut Siti, dia sudah lama mahu bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan komposer hebat dari seberang itu.
“Saya sudah lama menyimpan hasrat untuk bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan Andi dan peluang yang diberikan ini sangat bermakna.
“Saya berterima kasih kepada Penerbit Eksekutif, Zukiflee Anwar Haque atau Zunar dan pengarah dari Indonesia, Viva Westi kerana memberikan kepercayaan kepada saya menyanyikan lagu Menjaga Cintamu.
“Saya adalah penyanyi dan tugasan saya adalah menyanyi. Pada masa sama, saya juga mempunyai ramai peminat di Indonesia.
“Saya jarang menolak untuk menyampaikan lagu-lagu OST sebelum ini. Apabila pihak penerbit filem ini datang bertemu dengan pengurusan saya, mereka menawarkan saya untuk menyanyikan lagu ini.
“Saya juga mendapat penerangan mengenai filem Anwar, The Untold Story. Proses perbincangan juga berjalan dengan lancar,” katanya.
Mengenai lagu Menjaga Cintamu, kata Siti, walaupun dia menyanyikan lagu OST filem Anwar tetapi lagu itu menggambarkan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan secara amnya untuk wanita yang setia dalam mencintai pasangan mereka.
“Saya terima tawaran untuk menyanyikan lagu Menjaga Cintamu kerana yakin dengan kekuatan lagu ini serta tertarik dengan mesej kesetiaan wanita itu.
“Saya juga memahami lagu dan lirik Menjaga Cintamu ini menceritakan mengenai kesetiaan dan pengorbanan seorang wanita. Kebetulan juga saya memang dalam fasa menerbitkan album terbaharu,” katanya.
Berkongsi pengalaman di studio, kata Siti, proses rakaman lagu Menjaga Cintamu berlangsung selama sejam dan Andi sendiri yang menjaga vokal dan menerbitkannya.
“Ia satu pengalaman baru dan saya akui gementar kerana pertama kali bekerja dengan Andi dan menyampaikan lagu ciptaan komposer hebat sepertinya.
“Saya juga berdepan dengan cabaran untuk menyampaikan lagu Menjaga Cintamu di studio kerana suara saya masih dalam proses pemulihan akibat kesan jangka panjang virus COVID-19.
“Saya sudah berusaha sebaiknya untuk menyampaikan lagu itu dengan baik. Proses rakaman di buat di Malaysia iaitu di Cranky Music, milik komposer Aubrey Suwito,” katanya lagi.
Ditanya perbezaan bekerjasama dengan komposer Indonesia seperti Andi, kata Siti, setiap kali masuk studio, ia adalah pengalaman dan guru berharga baginya.
“Saya bersyukur kerana sering menyanyikan lagu-lagu dari komposer Indonesia dan sedikit sebanyak, saya sudah memahami cara mereka bekerja. Apabila menyampaikan lagu, mereka memberi tunjuk ajar dan pastinya mahu yang terbaik daripada penyanyi, begitu juga dengan Andi.
“Saya juga merakamkan lagu ini selama sejam dan Andi juga terkejut kerana biasanya proses rakaman membabitkan selama dua jam atau lebih. Namun, lagu Menjaga Cintamu memang senang masuk ke dalam hati dan dapat saya nyanyikan dalam tempoh tidak begitu lama,” katanya.
Filem Anwar, The Untold Story yang mengangkat kisah ranjau politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjengah pawagam seluruh tanah air pada Mei nanti.
Filem yang membabitkan kos sebanyak RM10 juta ini menampilkan barisan pelakon terkenal dari Malaysia dan Indonesia seperti Farid Kamil, Acha Septriasa, Hasnul Rahmat, Piet Pagau dan Dewi Irawan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jaguh lompat tinggi para negara, Abdul Latif Romly,24, akui lebih selasa jika ramai mengenalinya dalam lapangan sukan berbanding perkara lain.
Malah sebelum ini, wajahnya yang disifatkan mempunyai iras aktor Remy Ishak sewaktu bertanding pada Paralimpik Tokyo 2020 lalu oleh sesetengah netizen turut mencetuskan tular.
“Macam Remy Ishak? Tak kot, saya orang biasa je. Saya tak ada apalah…” katanya sopan.
Dia bagaimanapun sebolehnya mahu lebih memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia mengenai sukan paralimpik.
“Bagi saya, biarlah orang kenali saya atas sebab sukan. Kalau boleh saya nak semua rakyat Malaysia tahu apakah itu sukan paralimpik,” katanya lagi.
Berkongsi pendirian sama ada dia dia berminat untuk terjun ke bidang komersial, Latif tidak mempunyai masalah sekiranya ia tidak bercanggah dengan jadual latihan
“Kalau berlakon saya memang tak tahu. Tapi kalau jadi model, saya ok. Janji tidak melanggar jadual latihan yang telah ditetapkan untuk saya,” jelasnya.
Komitmen tersebut nyata dibawanya dengan baik selepas menjadi antara ‘muse’ Neonate Clothing dengan memperagakan busana baharu jenama itu di Kuala Lumpur Fashion Week 2021, minggu lalu.
Menurut Latif, perasaannya gugup sebelum pertunjukkan bermula. Namun, situasi itu mulai berubah apabila sudah berada di atas pentas ‘runway’.
“Pada awalnya, saya memang gementar, maklumlah pertama kali berjalan sebagai model. Tetapi, apabila sudah berada di atas pentas peragaan, rasa gugup itu terus hilang. Alhamdulillah saya berjaya habiskan acara berkenaan,” kongsinya.
Untuk rekod Neonate meraikan atlet negara sebagaimana jenama antarabangsa melantik pemain bola, atlet Olimpik sebagai ikon fasyen mereka dengan menampilkan gaya dan stail yang berbeza daripada kebiasaan mereka di padang.
Dalam perkembangan lain, Latif memberitahu yang dia kini sudah kembali sibuk dengan latihan sebagai persediaan untuk Asia Para Games dan World Para Athletics Championship untuk tahun depan.
“Saya sudah mula sibuk kerana saya target untuk meraih tempat di kedua-dua kejohanan berkenaan. Selain itu, saya dan tunang juga merancang untuk mendirikan rumah tangga pada bulan Disember 2022,” katanya.
Terdahulu, kerjasama di antara Kamya Glow dan Neonate di KLFW tahun ini turut selari dengan matlamat yang mana kecantikan bukan sahaja untuk luaran tetapi perlu penjagaan dari dalaman.
Malah kolaborasi unik ini juga sebagai menyokong semangat ‘Support Lokal’ dan tindakan di luar kotak menjadi pemangkin idea kolaborasi di antara dua jenama ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!