Musim perayaan semakin dekat, jadi pastinya seluruh rakyat Malaysia berpusu-pusu meraikan Aidilfitri dengan pulang ke kampung tak lama lagi.

Lalu pelakon senior, Jasmin Hamid menerusi Instagram berkongsi ada tindakan polis di Jerman yang mencegah kesesakan lalu lintas apabila berlaku kemalangan.

Menerusi video, pihak berkuasa itu telah menahan sebuah van di mana pemandunya memperlahankan kenderaan untuk mengambil gambar mangsa.

Lalu, pemandu itu diminta turun dan dibawa terus ke lokasi mayat untuk mengambil gambar dengan lebih dekat dan diberi saman.

APA KATA ANDA?

IKLAN

“Setiap kali berlaku kemalangan di jalan raya, pasti ramai di kalangan pengguna yang akan memperlahankan kenderaan untuk melihat apa yang berlaku.

“Ada segelintir mereka ini yang mengambil gambar atau video insiden untuk dimuatnaik ke dalam media sosial.

IKLAN

Perbuatan yang langsung tidak menjaga sensitiviti mangsa yang terlibat itu sangat tidak beradab dan memalukan.

“Bagi mengajar golongan yang suka mengejar ‘likes’ ini, Polis Jerman menggunakan pendekatan menarik dengan membawa mereka untuk melihat sendiri mangsa secara dekat.

IKLAN

“Pada anda, perlukah PDRM menggunakan kaedah yang sama untuk tujuan mendidik?”

View this post on Instagram

APA KATA ANDA? Setiap kali berlaku kemalangan di jalan raya, pasti ramai di kalangan pengguna yang akan memperlahankan kenderaan untuk melihat apa yang berlaku. Ada segelintir mereka ini yang mengambil gambar atau video insiden untuk dimuatnaik ke dalam media sosial. Perbuatan yang langsung tidak menjaga sensitiviti mangsa yang terlibat itu sangat tidak beradab dan memalukan. Bagi mengajar golongan yang suka mengejar 'likes' ini, Polis Jerman menggunakan pendekatan menarik dengan membawa mereka untuk melihat sendiri mangsa secara dekat. Pada anda, perlukah PDRM menggunakan kaedah yang sama untuk tujuan mendidik? Sumber video: https://www.facebook.com/BR24/videos/1104550543058740/UzpfSTgyMDIzNTM1NjoxMDE2MTg3MDYxMzI5NTM1Nw/ #accident #kemalangan #kematian #aducate #prihatin

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

Kadang kala tindakan tegas begini harus di ambil bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku dan menjaga aib mangsa.

Foto : Instagram Jasmin Hamid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI