Pelakon popular, Mira Filzah yang telah pun sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, jam 8.58 malam tadi tidak melabelkan majlis perkahwinannya sebagai ‘Wedding of the Year’.
Sebaliknya, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu menyifatkan tanggapan tersebut mungkin dibuat berdasarkan penilaian peminat.
“Pada saya, istillah ‘Wedding of the Year’ itu terletak pada penilaian masyarakat. Untuk diri sendiri menetapkan majlis perkahwinan ini sedemikian, saya rasa tidak layak.
“Niat kami untuk anjurkan beberapa majlis adalah untuk merai dan menghargai ahli keluarga serta rakan terdekat memandangkan jemputan juga tidak ramai,” jelas Mira kepada MH.
Terdahulu, selain majlis pernikahan semalam, bintang berusia 27 tahun ini juga bakal mengadakan dua lagi majlis resepsi di Le Meridien, Putrajaya, hari ini dan A-Park, Puchong, pada Ahad.
Ads
Meski mahu menghargai para tetamu, Mira dan suami sepakat untuk mematuhi syarat piawaian Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Setiap majlis jemputan sekitar 250 orang sahaja dan untuk majlis ketiga, ia mungkin lebih kurang daripada itu.
Ads
“Kita mahu meraikan tetapi kalau boleh pada masa sama, kena berjaga-jaga juga dengan situasi semasa yang berlaku kini.
“Kalau nak tetapkan Wedding of the Year, itu bukan sayalah. Saya hanya lakukan apa yang saya suka,” katanya lagi.
Ads
Semalam, majlis pernikahan pasangan itu turut dipancarkan selama 10 minit menerusi program M Buzz di TV3, manakala siaran langsung pernikahan pada jam 8.30 malam boleh disaksikan di saluran YouTube TV3.
Situasi tersebut seperti mengulangi sejarah perkahwinan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mawi yang mana hari bahagia masing-masing pernah mendapat liputan secara langsung stesen TV.
Ikuti sesi temu bual penuh bersamanya di sini;
https://www.youtube.com/watch?v=JFL1ovZY4iY
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya menafikan dia bersikap ‘sailang’ Sherry Ibrahim apabila menggantikan bintang berkenaan sebagai duta baru jenama kencantikan Deeja Cosmetics.
Malah dia sendiri tiada isu dengan Sherry yang sebelum ini sinonim dengan produk berkenaan.
“Saya tidak sailang (caras). Itu rezeki dan saya terimanya dengan hati terbuka. Kalau nak dikata sailang, tidak boleh kerana rezeki masing-masing. Saya dengan dia tak ada masalah kerana pihak Deeja sendiri yang melamar saya.
“Malah sebelum dipilih sebagai duta sebelum ini, saya terlebih dahulu turut mengguna dan mempromosi produk tersebut dan memberikan kerjasama,” katanya kepada MH.
Malah, Hanez yang kini sedang sarat hamil lima bulan juga turut mengakui dia juga tidak boleh rasa ‘cemburu’ andai pihak Deja sendiri ada mengambil selebriti lain bagi tujuan promosi meski dia dipilih menjadi duta.
“Kalau pihak mereka ada memanggil artis lain untuk promosi atau turun padang sekali pun, saya tidak boleh berkata tidak. Saya faham sebab saya pun niaga tudung.
“Jadi meski saya pun pakai dan promosi tudung jenama sendiri, saya pun kenalah minta influencer lain untuk promosinya juga. Itu suatu yang normal.
“Jadi untuk soalan berkenaan, itu rezeki masing-masing. Cuma kali ini rezeki saya pula untuk bersama mereka,” jelasnya.
Terdahulu, Hanez ditemui media pada majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Deeja Cosmetics 2018 di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Bapa kepada penyanyi, Ezad Lazim iaitu Mohamad Lazim Ismail telah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa lalu akibat jangkitan kuman di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Sementara itu, Ezad kini menarik nafas lega apabila proses pengebumian berjalan lancar dengan bantuan ahli keluarga dan jiran tetangga.
Malah, penyanyi lagu Jesnita ini juga berterima kasih kepada mereka yang telah mendoakan kesejahteraan untuk arwah bapanya.
“Assalamualaikum. Selesai sudah segala urusan pengebumian arwah ABAH LAZIM di Tanah Perkuburan Islam Taman UDA, Alor Setar.
“Terima kasih kepada sahabat2, kenalan2, saudara mara yg mengucapkan salam takziah kepada kami sekeluarga dan mendoakan kesejahteraan untuk roh ABAH.
“Terima kasih kepada semua yang sudi datang dari jauh dekat untuk ziarah arwah ABAH walaupun kekangan kerja dan sebagainya.
“Terima kasih jugak kepada jiran2 yg membantu memudahkan segala urusan famili kami,” tulisnya.
Pada masa sama, Ezad turut mewakili arwah bapa, memohon maaf bagi pihaknya andai ada salah silap.
“Akhir kata, sebagai anak kepada Allahyarham MOHAMAD LAZIM BIN ISMAIL kami memohon jutaan maaf bagi pihak arwah ABAH jika ada salah silap selama arwah hidup.
“Sekiranya arwah ABAH ada berhutang, terhutang, atau hutang2 yang tuan puan belum tuntut dari arwah, boleh berhubung terus dgn kami adik beradik. Halalkan makan minum ABAH kepada yang mengenali beliau.
“Teruskan berDOA untuk arwah ABAH LAZIM dan orang2 yang telah meninggalkan kita pergi menghadap ILAHI selamanya. Terima kasih,” tulis Ezad sambil disertakan foto pusara arwah bapanya.
Terdahulu, Allahyarham meninggal dunia jam 7:25 malam pada Selasa lalu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman UDA, Alor Setar awal pagi tadi.
Ezad sebelum ini berkongsi berita sedih itu menerusi akaun Instagramnya dan menerima ucapan takziah, termasuk daripada rakan artis.
Bekas isteri pemuzik, Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh berkongsi tips bahagia menerusi video yang dirakam di Instagramnya.
Kongsi ibu beranak dua ini juga, setiap individu perlu menyanyangi diri sendiri dan orang di sekeliling agar kehidupan akan lebih bahagia.
“Hari ini bonda nak cerita pasal love. Kalau kita nak gembira dan bahagia, kita kena sayang diri kita dan sayang orang sekeliling.
“Apabila kita sayang diri kita lebih, kita nampak dan hargai kelebihan yang ada dalam diri kita. Kita juga akan nampak diri kita special. Kita dapat kembangkan lagi potensi kita.
“Kalau kita sayang orang, orang akan sayang kita sebab inilah dipanggil ‘love attraction’. Kita juga perlu sayang persekitaran kita dan akan nampak setiap keistimewaan yang memberikan manfaat kepada diri kita sendiri,” ujarnya.
Lalu, perkongsian tersebut disetujui orang ramai yang telah memberikan komen pelbagai.
Untuk rekod, Intan dan Ude atau nama penuhnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri dan Ariq Muqri.
Mereka bercerai pada 22 Mac 2018 dengan talak satu.
Ude kemudian berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim, 2 bulan.