Pengarah terkenal Michael Ang terkilan dengan tindakan segelintir pihak terutamanya golongan berpengaruh yang mengambil kesempatan dengan menjalankan aktiviti penipuan dalam bentuk derma demi kepentingan peribadi.

Menurut Michael, tambah menyedihkan apabila golongan ini sanggup menggunakan agama demi mengaburi mata orang ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

“OMG! Influencers pun scammer derma? Saya rasa semua scammer ni kena dihentikan.
Cara untuk hentikan ada satu cara sahaja iaitu diri kita.

“Kita tak boleh dah nak percaya pada derma-derma pempengaruh, individu dan terutama sekali yang mengunakan agama, program agama, ahli politik atau mamat-mamat dekat Tik Tok yang asyik hentam orang politik lepas kena tangkap terus mintak derma untuk peguam dan sebagainya,” tulisnya.

Luahan itu dikongsikan sendiri oleh pengarah drama Janga Lupa Janji itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.

Dalam pada itu, Michael turut menyerukan kepada semua pihak untuk mengutamakan keluarga dan orang terdekat sekiranya ingin menyalurkan derma.

“Lagi baik kita derma dan tolong orang yang terdekat dengan kita dan kaum keluarga. Apapun, tolonglah keluarga dahulu sebelum nak tolong orang lain.

“Kita menderma untuk tolong orang yang memerlukan tapi diorang yang berbanglo dan kereta mewah lima enam buah. Lepas tu bertutup litup dan guna nama Allah.

“Manusia jenis apa ni eh? Lebih teruk berbanding binatang namanya. Orang menderma sebab mereka nak tolong tapi mereka mengambil kesempatan. Keji,” ujarnya lagi.

Awal pagi tadi, media melaporkan pasangan suami isteri yang juga pempengaruh dan dua lelaki lain akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis bagi membantu siasatan kes menyeleweng kutipan derma.

Memetik sumber Sinar Harian, tahanan reman tersebut dibuat berhubung siasatan kutipan derma melebihi jutaan ringgit, namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Michael Ang

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI