“Nak You Sayang I Dengan Anak-Anak Bukan Sebab Orang Lain, Tapi Sebab Allah Ta’ala,” – Harapan Bakal Isteri Issey, Akan Diijabkabul Ahad Ini

Share

Penyampai radio Issey Fazlisham bakal menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak tiga, Ahad ini dan kad undangan sudah pun diagihkan kepada rakan media sejak minggu lalu.

Majlis pernikahan mereka akan dilangsungkan di Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 8.30 pagi.

Lalu menerusi Instagram, Issey ada memuat naik video pendek bersama bakal isteri, Aimi Jamel.

Perbualan di antara mereka antara lain turut menyentuh mengenai soal tanggungjawab keduanya selepas mendirikan rumah tangga kelak.

“Dalam perhubungan ni, you kena belajar dan faham mengenai tanggungjawab. I nak you sayang I dengan anak-anak bukan sebab orang lain, tapi sebab Allah Taala.

“Kita masing-masing pernah ada pengalaman hidup, dengan pengalaman itulah kita akan bawa ke depan. Jangan pandang ke belakang,” antara kata yang diungkap Aimi.

Sementara itu menerusi ruangan kapsyen pula, Issey turut menzahirkan rasa tidak sangka kerana bakal mendirikan rumah tangga bersama kenalan lamanya.

“Dulu kita kecek ‘aku mung’. Tak sangka mung bakal jadi bini aku. Bismillah. Moga dipermudahkan segala urusan,” tulisnya sambil disusuli dengan kredit.

Lalu, para peminat serta rakan selebriti tidak putus-putus memberikan dedikasi serta ucapan tahniah buat bakal raja sehari itu.

Sebelum ini, Issey ada membuat pengumuman mengenai bakal akhiri zaman dudanya ketika mengendalikan segmen Team Pagi Suria bersama Fizi Ali.

Issey atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin pernah mendirikan rumah tangga dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015.

Bagaimanapun, pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata ini mengambil keputusan untuk berpisah kira-kira lebih setahun bersama.

Foto: Instagram Aimi Jamel

Published by
MH