‘Kreatif betul’… Mungkin itu gambaran yang boleh diberikan buat sesetengah wargamaya mengenai pandangan mereka terhadap penampilan Aina Abdul malam tadi.
Ini kerana, ada pengguna media sosial yang telah menyamakan persalinan yang dikenakan penyanyi Aina Abdul ketika membuat persembahan malam tadi di Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABP33) dengan hidangan ais krim yang ditawarkan
McDonald’s, Sea Salt McFlurry.Dalam humor, penyanyi Semalam itu turut berkongsi foto yang dimaksudkan menerusi satu hantaran terkininya di Instagram
“Nakal eh koranggg. Now im hungry!! nak makan ais krim ni,” tulisnya.
Muat naik tersebut nyata mendapat perhatian para pengikutnya.
Malah, masing-masing dilihat turut meninggalkan respon pada ruangan komen.
Foto: Instgram Aina Abdul