Baru-baru ini pelakon Raja Ilya telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut kelihatan Ilya sedang mengusik suaminya, Trent Garrett bermain piano.
“Seperti yang di janji kan…Hahaha ambikkkkk.. #lifestyleoflove #marriedlife#muckaround #famili #ningnong#egg haha”tulisnya.
Melihat kemesraan Ilya bersama suaminya, rata-rata netizen memuji pasangan ini kerana kelihatan sangat romatis dan secocok.
Untuk rekod, Ilya telah berkahwin bersama suaminya, Trent Garrett pada 23 Disember lepas di Perth, Australia.
Alahai, bukan main lagi Ilya menyakat suami. Comel sangat!
Video : Instagram Raja Ilya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isu Rumah Tangga Siti Saleha : “No Comment. Saya Minta Semua Respek ‘Space’ Saya.”
Pelakon Siti Saleha, 31, menganggap isu rumah tangga yang menimpa dirinya sebagai satu ujian.
Memfailkan perceraian terhadap suami, Ahmad Lutfi Azhar, 35, pada 13 Oktober lalu, Saleha meminta agar semua pihak menghormati ruang peribadinya.
Dalam pada itu, Saleha berjaya memenangi trofi Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABP34) pada Sabtu.
Ketika ditanya mengenai sama ada dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan suami atau adakah orang ketiga menjadi punca masalah rumah tangga, Saleha enggan memberikan komen.
“No comment. Saya minta semua respek ‘space’ saya. Saya enggan komen apa-apa berkenaan hal peribadi saya, saya minta maaf.
“Apa-apapun, saya nak semua orang tahu yang saya okay sahaja. Ya, perkara ini adalah satu ujian untuk saya tetapi trofi ini menjadi hadiah istimewa tahun ini,” katanya.
Berkongsi mengenai kemenangan yang diraihnya, Saleha bersyukur selain turut berterima kasih kepada kelab peminatnya.
“Sejujurnya, sukar untuk saya kekalkan trofi ini tetapi rezeki berpihak kepada saya. Alhamdulillah. Ini semua hasil kerja keras peminat dan saya sangat menghargai mereka.
“Semenjak awal penglibatan, peminat tak henti menyokong dan itu merupakan tunjang utama kerjaya saya dalam bidang lakonan. Saya sangat bersyukur,” katanya lagi.
Sekadar info, Saleha dan Ahmad Lutfi melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan mereka belum dikurniakan cahaya mata.
Sumber; Xtra
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Yang Penting Kurus Macam Lidi Pun, Boyfriend Sayang,” – Intan Najuwa
Pelakon cantik, Intan Najuwa ada berkongsi mengenai persepsi ramai pihak mengenai penampilan fizikal seseorang.
Katanya, mulut mereka yang pesimis tidak boleh tutup dan walau apa pun, yang paling penting adalah mempunyai hati yang bersih, tak busuk.
“Kurus salah gemuk pun salah. Mulut orang tak boleh tutup. Takpela yang penting hati tak busuk.
“Yang penting, kurus macam lidi pun boyfriend sayang. K bye,” tulis bintang berusia 21 tahun ini menerusi entri terkininya di Instagram.
Apa pun, pelakon Gantung The Series ini tetap tampak cantik menawan, meski miliki tubuh genit.
View this post on InstagramA post shared by Intan Najuwa, 22 (@intannajuwa) on
View this post on InstagramA post shared by Intan Najuwa, 22 (@intannajuwa) on
Sementara itu, rata-rata peminat memberikan pandangan masing-masing di media sosial.
Foto: Instagram Intan Najuwa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anak Saya Dah Selamat Melahirkan Baby Gurl 2.5Kg,” – Tahniah! Enot Kini Bergelar Nenek Pada Usia 42 Tahun
Tahniah diucapkan buat pelakon, Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah yang kini sudah pun bergelar nenek apabila anak sulung, Andriana Balqis selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.5 kilogram pada Isnin.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, bintang berusia 42 tahun itu turut mendedahkan anaknya selamat bersalin secara normal.
Andriana mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannyq pada Mac tahun lalu.
“Assallamualaikum… Alhamdulilah anak sy dah selamat melahirkan baby gurl 2.5kg.
“Allahuakbar syukur ya Allah dua2 sihat.. tq sume yg mendoakan anak sy dan cucu gurl sy.. now im officials Tokmamok.
“Alhamdulilah terima kasih ya Allah atas nikmat ni,” tulisnya sambil dihujani dengan ucapan tahniah dari peminat pada ruangan komen.
View this post on InstagramA post shared by ENOT (@enot_78) on
Terdahulu, Enot ada memuat naik perkembangan proses kelahiran cucunya itu menerusi Insta Stories selain turut merakam perasaan sebak ketika menanti detik Andriana yang sedang melahirkan anak pertamanya.
Enot yang pernah berkahwin sebanyak dua kali juga merupakan ibu tunggal kepada Ariana Qaseh Qistina yang kini berusia 13 tahun.
Enot sebelum ini pernah berkongsi sekeping foto bersama Andriana sambil menggambarkan jarak usia di antaranya bersama cucu yang bakal lahir.
View this post on InstagramA post shared by ENOT (@enot_78) on
Foto: Instagram Enot
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI