Pelakon dan hos, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudddin mengakui kerinduannya untuk kembali berlakon masih lagi menebal meski sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata.
Lalu, bintang berusia 35 tahun ini cuba meminta pandangan suami iaitu pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan syukur, permintaannya diizin suami andai menepati syarat yang telah ditetapkan.
“Saya masih ingat, ketika masih aktif berlakon dulu sehari ambil ‘job’ sampai dua tiga. Memang saya kuat kerja.
“Apabila sudah terbiasa dengan rutin itu, saya rasa memang kena juga ada kerja selain mengurus hal rumah tangga.
“Jadi sebab itulah saya mula berniaga. Kemudian saya terfikir untuk kembali ke lokasi. Saya ada suarakan hasrat itu pada suami. Dia beri izin tetapi hanya boleh berlakon telemovie sahaja berbanding drama berepisod kerana kekakangan jadual dan masa.
“Sebenarnya sebelum ini saya ada juga terima tawaran berlakon drama bersiri, tapi saya terpaksa tolak cara baik.
“Apa pun saya tidak nafikan pernah terfikir nak perlahankan kerjaya seni memandangkan ketika itu saya nak berkahwin, miliki anak dan ‘slow down’.
“Akan tetapi nampaknya jiwa nak bekerja itu masih lagi menebal,” katanya yang kali terakhir terlibat dalam sebuah filem kira-kira tujuh tahun lalu.
Pernah bergelar hos kepada beberapa buah program sebelum ini, Puteri Sarah juga akui selain hanya diberi izin untuk berlakon telemovie, dia juga akui sebagai isteri ada beberapa syarat lain yang perlu dijaga.
“Jaga batas terutamanya dengan lelaki. Bersentuhan tak bolehlah. Pada masa sama, sya juga akan maklumkan mengenai tawaran terlebih dahulu kepadanya dan ada ketika Syamsul akan teliti skripnya juga.
“Malah, saya akan terangkan sinopsis drama yang akan dilakonkan. Selain itu, soal pakaian pun kena jaga dan ada pembantu yang teman saya di lokasi,” akuinya lagi.
Ditanya apakah reaksi suami apabila dirinya pertama kali menjejakkan kaki ke lokasi penggambaran, Puteri Sarah akui pengarah Munafik itu kerap menghubunginya untuk bertanya khabar.
“Bila saya dah masuk set, hari-hari dia akan hubungi. Dia tanya tengah buat apa, dah makan ke belum, jam berapa nak balik?
“Apa pun, sebagai isteri kalau contohnya ‘call time’ jam 9.00 pagi, saya akan lakukan rutin macam biasa. Bangun awal, siapkan serta hantar anak ke sekolah.
“Kemudian barulah saya ke set. Penat itu memang penat akan tetapi saya suka dengan apa yang saya lakukan. Jadi tidaklah terasa,” katanya lagi.
Terdahulu, Puteri Sarah ditemui pada majlis Hi-Tea & Media Soft Launch untuk produk terkininya, Shara Cosmetics & Skincare yang melancarkan produk serum wajah
pertamanya iaitu Il’ Dolcé Face Serum.
Serum yang diformulasi dari bahan alami ini diyakini mempunyai khasiat yang berganda sesuai untuk proses pemuliharaan kulit wajah secara semula jadi.
“Idea untuk menghasilkan serum ini adalah atas rasa prihatin dengan wanita-wanita tempatan yang kebanyakan menghadapi masalah kulit wajah disebabkan cuaca dan faktor persekitaran.
“Saya juga yakin, manfaat serum yang berasaskan timun ini adalah yang terbaik untuk merawat semua jenis kulit di samping harganya yang berpatutan,” terangnya.
Shara Cosmetics & Skincare sebelum ini turut menghasilkan rangkaian kosmetik seperti
Lipmatte, All-in-One Blusher Stick, Magic Gloss, Mascara dan Make Up Remover.
Terdahulu, Puteri Sarah dan Shamsul Yusof berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 3, dan Sumaiyyah yang dilahirkan pada 16 Mac 2019.
Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan dirinya akan berangkat ke Tanah Suci, Mekah untuk menunaikan ibadah Haji.
Jelas Aliff, dia berharap agar segala urusannya untuk menunai Rukun Islam kelima itu akan dipermudahkan.
“Akhirnya Allah memanggilku ke Tanah Suci. Semoga aku berubah menjadi hambamu yang lebih baik.
“Ya Allah, kau permudahkanlah perjalanan hambamu ini untuk menunaikan haji kali ini,” tulisnya.
Rasa teruja itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Cuba Bahagia itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, dia juga terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk memujuk hatinya untuk kembali menunaikan ibadah haji setelah lebih sedekad.
“Alhamdulillah setelah hampir 15 tahun, barulah hati saya terbuka untuk mulakan haji dengan kerelaan diri sendiri tanpa paksaan.
“Doakan dengan langkah ini saya menjadi seorang yang lebih baik berguna kepada ibu bapa keluarga dan juga sahabat amin-amin yarobal alamin,” ujarnya lagi.
Menj ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Aliff dan rombonganbya dikurniakan haji yang mabrur.
“Alhamdulillah, semoga mendapat haji yang mabrur serta dimakbulkan dan diangkat doa Datuk Seri.
“Alhamdulillah, selamat menunaikan ibadah haji.
“Seronoknya. Semoga peroleh haji yang mabrur.
“Ya Allah, permudahkanlah segala urusan mereka dan berikan kesihatan yang baikagar ibadah mereka berjalan dengan lancar.
“Semoga mambrur dan terus bantu ramai orang dengan menjadi penyumbang zakat terbesar,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Aliff difahamkan berangkat menunaikan haji bersama ibunya, Bonda Rozita, kedua-dua ibu bapa mentuanya dan anak sulungnya, Ammar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fattah Amin kini telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) sebuah jenama produk makanan daging kambing perap terkenal.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi hantarang dibuat menerusi Facebook syarikat berkenaan, pada Rabu.
“Selamat datang Abdul Fattah Mohd Amin. Tahniah atas perlantikan sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western Group.
“Semoga beliau mampu untuk merancang & melaksana pembangunan usahawan Pak Mat Western serta merangka strategi jualan yang relevan melalui media massa dan media sosial,” tulis hantaran terbabit.
Malah menerusi hantaran terkini, turut dipaparkan nama serta jawatan bintang Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu di dalam sebuah ruang pejabat.
Terdahulu penampilan bapa kepada seorang cahaya mata itu yang diundang di dalam sesi siaran langsung di media sosial untuk bersama-sama berniaga makanan daging kambing perap pantas menjadi sorotan warganet.
Sebelum ini aktor berusia 34 tahun itu juga mencetuskan fenomena apabila video siaran langsung menerusi platform TikTok berjaya meraih lebih 100,000 penonton disusuli sekitar 44 juta tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Iera Milpan mengakui dia kini lebih berhati-hati dalam menjaga pemakanan selepas menerima teguran mengenai bentuk badannya yang dilihat semakin berisi.
Menyedari impak visual terhadap...