Aktor terkenal Korea Selatan, Nam Yoon Su tampil memohon maaf kepada peminat selepas satu hantaran berunsur kandungan lucah muncul di akaun Instagram miliknya secara tidak disengajakan.

Insiden yang berlaku pada 13 April lalu mengejutkan ramai peminat apabila mereka menyedari satu iklan dewasa telah dikongsi semula di Instagram Stories pelakon drama The King’s Affection itu. Ia menimbulkan kekeliruan memandangkan Nam Yoon Su sebelum ini dikenali dengan imej bersih dan profesional.

Namun menurut agensinya, garten, perkara itu berlaku secara tidak sengaja apabila telefon pelakon tersebut secara automatik memuat naik hantaran terbabit tanpa pengetahuannya.

Nam Yoon Su Mohon Maaf Isu ‘Repost’ Foto Lucah Di Instagram
Foto yang kononnya di’repost’ secara tidak sengaja.

“Ketika kejadian, Nam Yoon Su sedang memandu dan telefonnya berada di dalam poket. Kami percaya fungsi repost baharu Instagram telah aktif secara tidak sengaja. Ia bukan kes penggodaman,” jelas pihak agensi dalam kenyataan rasmi.

Ads

Tambah mereka lagi, Nam Yoon Su hanya menyedari insiden itu apabila menerima mesej daripada peminat menerusi platform komunikasi rasmi. Beliau kemudian berhenti di tepi jalan untuk menyemak dan mendapati iklan tersebut telah tersebar selama 20 hingga 30 minit sebelum dipadamkan.

“Nam Yoon Su sangat terkejut dan terus memadam hantaran tersebut. Walaupun kejadian itu singkat, kami memohon maaf atas ketidakselesaan yang timbul,” kata wakil agensinya.

Ads

BACA JUGA: Polis Terima Laporan Penuh Hasil Bedah Siasat Wheesung, Namun…

Nam Yoon Su Mohon Maaf Isu ‘Repost’ Foto Lucah Di Instagram
Kenyataan daripada Nam Yoon Su

Tidak hanya berdiam diri, Nam Yoon Su turut tampil secara peribadi menerusi Instagram Stories untuk menyampaikan permohonan maafnya kepada para peminat.

Ads

“Saya benar-benar tidak sedar hantaran itu dimuat naik. Saya mohon maaf kerana telah menimbulkan rasa tidak selesa kepada semua. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini,” tulisnya ringkas.

Pelakon berusia 26 tahun itu mula dikenali menerusi siri Extracurricular dan terus menambat hati ramai dengan lakonannya dalam beberapa drama popular. Nam Yoon Su juga sering dipuji kerana menjaga imej bersih tanpa sebarang kontroversi.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI