Penyanyi MK K-Klique berkongsi nama cahaya mata perempuan pertamanya bersama isteri, Siti Hajaar Syeikh Nordin iaitu Aya Rayana selepas sebulan dilahirkan.
Menerusi perkongsian yang dilakukan MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 28, itu menerusi Instagram, ia pantas menerima reaksi pelbagai wargamaya.
Malah, hantaran berkenaan turut disertakan dengan makna dua nama indah berkenaan.
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku,” tulisnya pada ruang kapsyen.
“Mashaallah tabarakallah. Membesar dengan baik ya, Aya Rayana sayang,” komen seorang wargamaya.
“Assalamualaikum Aya Rayana. Semoga sihat selalu dan menjadi anak yang solehah dan orang yang baik seperti ayah dan ibunya,” doa seorang wargamaya lain.
“Amin Allahumma Amin, nama yang baik menjadi doa yang baik pula,” antara komen tertera.
Sehingga kini, perkongsian terbabit sudah pun menerima lebih 30,000 tanda suka di kalangan pengguna Instagram.
Imbas kembali, MK mendirikan rumah tangga dengan Siti Hajaar pada 16 Jun tahun lalu dan pasangan itu selamat menimang cahaya mata sulung perempuan pada 3 Ogos lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jaga Spender Sendiri Takut Koyak Nanti,”- Usah Masuk Campur, Datuk Red Beri Amaran Pada Siapa?
Suami penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih sinonim disapa sebagai Datuk Red ada memuat naik statusnya di Insta Stories Instagram.
Status tersebut ada berunsurkan ‘amaran’ buat seorang individu.
“Bila terlalu taksub dgn artis pujaan sampai rumah tangga artis tu nak masuk campur.. mmg kau rapat dgn artis pujaan tu, tapi itu bukan tiket kau nak masuk campur bak kata dr red bodoh tu buang jangan simpan.. jaga spender sendiri takut koyak nanti.
“Ingat Allah perhati apa yg kita buat.. dan jgn la kat laman so sial nak up nak cari followers yg tolong kat saner ke nanti,” tulisnya.
Dalam pada itu, Datuk Red juga tidak mahu mengeluh sekiranya ujian dan dugaan yang datang menimpanya.
Menjengah di Instagram Adira pula, dia juga ada berkongsi sekeping foto beserta kapsyen.
“Apa boleh buat la admin balik sendiri dah biasa .. kita tgh bersedih org tu tgh happy … dapat pula berita .. bawa anak xtaw g mana tanpa kebenaran , tu yg tergesa balik .. #Repost@adirafansclub with @make_repost
“Begitu tabah dan kuat insan yg bernama @adira.suhaimi di saat balik kg sendirian ketika memberi penghormatan terakhir buat abah tercinta ada saja dugaan yg berlaku di Kl .. bila anak tersayang di bawa entah kemana tanpa pengetahuannya….org di luar sana tidak tau apa yg berlaku sebenarnya…
“Dugaan demi dugaan harus di tempuhi wanita yg sgt kuat ini….rindu dan risau hilang bila ank2 tersayang menjemput kepulangan Mami nya di airport..Menitis airmata Min bila tgk situasi yg berlaku di airport tempoh hari….buat @adira.suhaimi semoga tabah dan kuat menjalani kehidupan hari2 yg mendatang…Min tau @adira.suhaimi seorang wanita yg kental.. Kami AFC sayang dan sentiasa menyokong dr belakang,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by adira.suhaimi (@adira.suhaimi) on
Foto tersebut melihatkan penyanyi kelahiran Akademi Fantasi 8 itu pulang ke kampung halaman, Sabah atas kematian bapanya.
Sehingga kini, Adira dan Datuk Red tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap status rumah tangga mereka.
Foto : IG Red, Adira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Pandang Rendah Potensi Saya,” – Fhan Sensitif Bercakap Hal Seni, Ada Sebab Cipta Lagu Dwi-Bahasa
Penyanyi rap baharu, Farhan Alias atau nama pentasnya Fhan, percaya setiap penyanyi mempunyai potensi bakat tersendiri.
Menurutnya, pemain industri hendaklah memberikan sepenuh kepercayaan seterusnya peluang untuk penyanyi baru bagi mengasah bakat mereka.
“Secara peribadinya untuk saya bekerjasama dengan komposer atau pun penulis lirik terkenal, yang penting mereka percaya pada potensi seseorang penyanyi berkenaan. Bukan memandang rendah terhadap pengalaman kita. Saya sangat sensitif dalam bab ini.
“Kalau mereka rasa saya tiada potensi, mungkin lupakan saja niat untuk bekerjasama. Saya percaya setiap manusia ada kelebihan masing-masing,” jelasnya.
Mengulas mengenai strategi pemasaran dengan menyasarkan karyanya mampu menembusi pasaran antarabangsa, dia memilih untuk mengeluarkan lagu dwi-bahasa berjudul Walkaway dan Nitro sebagai langkah untuk menarik pendengar luar Malaysia.
“Proses awal untuk bekerjasama dengan penyanyi luar negara ini, saya mahu fokus trendingkan terlebih dahulu lagu sedia ada. Bila mana sudah ada peminat dan pendengar dari negara serantau, saya percaya penyanyi di sana pasti menyedari kewujudan saya.
“Disebabkan itulah saya mengeluarkan dua single terbaharu dwi-bahasa Inggeris dan penuh supaya dapat capai sasaran ‘crowd’ dari luar negara,” kongsinya yang menyasarkan pasaran Indonesia, Singapura dan Filipina terlebih dulu.
Lagu Walk Away merupakan hasil ciptaan komposer Mingaling, Madebyartin, Imgkay dan penulis lirik oleh Amir Hasan.
Menyentuh mengenai populariti sebagai penyanyi rap baharu, Fhan lebih ambil peduli mengenai sisi penyampaian mesej lagu.
“Bagi saya itu tidak menjadi masalah sebab yang penting dapat sampaikan mesej lagu tersebut kepada semua pendengar. Dua single terbaharu berkenaan berkisarkan perjalanan dan liku-liku seseorang dalam industri atau pun bisnes yang saya ceburi.
“Selain itu saya selitkan pelbagai cabaran dan ragam manusia yang pernah saya jumpa. Konklusinya biar kita sendiri berjuang untuk sampai ke puncak,” ujarnya.
Menyedari pasaran muzik tempatan pendengarnya lebih gemarkan lagu-lagu patah hati, Fhan akan mempertimbangkan untuk menerokai genre tersebut pada masa depan.
“Ya saya sangat berminat sebab saya rasa itu adalah genre yang senang untuk pendengar ikuti atau layan. Sejujurnya lagu saya pun ada patah hati iaitu Walk Away,” katanya lagi.
Sebagai informasi, Fhan mulai aktif dalam dunia muzik sejak tahun lalu dengan kemunculan dua single berjudul Terbang Tinggi dan Bertahan serta Terang dalam pertengahan tahun ini.
Foto kredit: Fhan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Ikut Tema, Kita Nak Biar ‘Go Wow’, Extravaganza,” – The Gadys Unik Dalam Busana Tema Cadar & Bantal, Ulas Soal Kecaman!
“Bila ikut tema tu, kita nak biar ‘go wow’, extravaganza.”
Demikian kata salah seorang ahli kumpulan The Gadys, Aznie Azmi mengengai penampilan mereka yang mengenakan busana unik bertemakan bantal, cadar dan produk kelengkapan bilik tidur bersempena dengan pembukaan pembukaan rasmi kedai utama AKEMI di Sunway Pyramid, pada Jumaat.
Menggayakan busana ‘couture’ ilham Masyadi Mansoor, kumpulan yang turut dianggotai oleh Ayunie Rizal dan Thamiera Chan hanya mengikut tema bersesuaian dengan acara selain memenuhi permintaan klien.
Malah mereka juga tidak boleh memuaskan hati semua pihak sekiranya persalinan yang digayakan di sesebuah majlis menerika kecaman atau kritikan melampau warganet selepas ini.
“Bagi kami ini juga suatu pengalaman yang baharu. Misalnya bila hadiri majlis dan kena kecam, kami tidak boleh nak buat apa-apa.
“Dengar dan ambil mana yang baik. Tambahan pula (penampilan unik) hanya di majlis dan sebolehnya kami akan ikut tema yang telah ditetapkan,” kata Ayunie.
The Gadys bagaimanapun teruja apabila diberi peluang untuk bersama-sama meraikan pembukaan jenama yang sinonim dengan kelengkapan bilik tidur di negara ini.
“Kerjasama ini adalah kolabirasi bersama Universal Music dan sebagai antara artis naungan mereka, kami sama-sama terlibat untuk memeriahkan acara dengan memperaga persalinan yang menggabungkan produk rumah Akemi.
“Kiranya ia menyatukan dunia hiasan rumah dan fesyen dengan cara yang unik dan inovatif yang sekali gus beri pandangan baru tentang bagaimana perabot rumah itu juga boleh memberi inspirasi kepada trend fesyen moden,” kata Aznie.
Selain The Gayds, turut sama membuat ‘catwalk’ ialah Ezra Kairo dan Julia Duclos serta barisan model profesional lainnya.
Acara pembukaan itu juga diserikan dengan persembahan daripada artis Universal Music Malaysia & Alternate Records, Shi En dan Dukes.
Dalam perkembangan lain, The Gadys baru sahaja melancarkan singke mereka berjudul Bulleyes ciptaan Romeo dan Shane Kennedy.
Sementara itu, kedai utama baharu Akemi di Sunway Pyramid seluas 10,000 kaki persegi itu menawarkan pengalaman membeli-belah yang imersif dengan pelbagai koleksi produk rumah berkualiti tinggi, termasuk peralatan katil mewah, perabot bergaya, dan hiasan rumah.
Ditubuhkan pada tahun 1992 di Malaysia, jenama berkenaan kini menjadi antara jenama terkemuka dalam bidang katil dan perabot rumah di Asia Tenggara. Dengan pembukaan cawangan ke-11 ini, Akemi tetap komited untuk mencipta ruang kediaman yang luar biasa untuk semua pelanggannya.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI