Penyanyi MK K-Klique berkongsi nama cahaya mata perempuan pertamanya bersama isteri, Siti Hajaar Syeikh Nordin iaitu Aya Rayana selepas sebulan dilahirkan.
Menerusi perkongsian yang dilakukan MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 28, itu menerusi Instagram, ia pantas menerima reaksi pelbagai wargamaya.
Malah, hantaran berkenaan turut disertakan dengan makna dua nama indah berkenaan.
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku,” tulisnya pada ruang kapsyen.
“Mashaallah tabarakallah. Membesar dengan baik ya, Aya Rayana sayang,” komen seorang wargamaya.
“Assalamualaikum Aya Rayana. Semoga sihat selalu dan menjadi anak yang solehah dan orang yang baik seperti ayah dan ibunya,” doa seorang wargamaya lain.
“Amin Allahumma Amin, nama yang baik menjadi doa yang baik pula,” antara komen tertera.
Sehingga kini, perkongsian terbabit sudah pun menerima lebih 30,000 tanda suka di kalangan pengguna Instagram.
Imbas kembali, MK mendirikan rumah tangga dengan Siti Hajaar pada 16 Jun tahun lalu dan pasangan itu selamat menimang cahaya mata sulung perempuan pada 3 Ogos lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini