Penyanyi terkenal, Siti Nordiana enggan mengangkat bendera putih meskipun ramai yang mengkritik mengenai kualiti nyanyiannya yang dikatakan makin merudum sejak akhir-akhir ini.
Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, dia menerima segala kritikan tersebut dan akan berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan.
“Saya terima segala kritikan yang dilemparkan dan saya akan cuba baik pulih dari segi suara serta stamina. Bila nyanyian kita dikritik ketika sesuatu persembahan, tak bermakna kita sudah tidak pandai menyanyi lagi.
“Mungkin ada sesuatu yang tak kena atau ini merupakan kesan-kesan COVID-19 yang pernah menyerang saya dahulu. Saya akan kaji semula dan buat post mortem.
“Nama pun penyanyi. Terkucil itu perkara biasa,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Paling Comel itu berkata sedemikian saat ditemui di majlis sidang media perkenalan peserta All Star Gegar Vaganza yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ads
Dalam pada itu, Nana turut memaklumkan dirinya telah berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan nasihat.
“Saya memang ada sedikit masalah dengan vokal chord. Boleh dikatakan saya ni diserang COVID-19 paling banyak. Hampir lima kali. Suka betul dia dengan saya.
“Saya sedang berusaha atasi masalah tersebut. Saya ada berjumpa dengan doktor bahagian telinga, hidung dan tekak (ENT) untuk periksa keadaan saya. Namun, sekarang semuanya sudah okay dah kini sedang menjalani proses pemulihan.
“Covid-19 memang beri kesan pada bahagian paru-paru. Kita jadi mudah penat dan pernafasan makin sempit. Ada kalanya kita rasa penat nak menyanyi dan suara jadi ketat.
Ads
“Saya kena buat voice cleanser. Jadi, dalam tiga bulan ini, ada ubat-ubatan yang perlu saya ambil,” ulasnya lagi.
Ditanya mengenai keputusannya untuk menyertai GV10 meskipun keadaan kesihatan bukan ditahap 100 peratus, Nana memberi tahu, ini merupakan caranya untuk menghargai program berkenaan yang telah banyak mengubah hidupnya.
“Saya masuk kerana mahu meraikan Gegar Vaganza yang ke 10 tahun. GV sudah banyak berjasa dengan saya. Setiap tahun mereka tak putus-putus panggil saya.
“Ini tanda saya hargai mereka. Jadi, kalau saya tak masuk, ia bermakna saya mengalah daripada awal.
Ads
“Lebih baik kita cuba daripada tak cuba langsung sebab takut. Saya dah bersedia nak berhadapan segala kemungkinan,” akhirinya.
Terdahulu, Nana merupakan antara 10 juara Gegar Vaganza yang akan bersaing semula di All Star Gegar Vaganza.
Sementara itu, lima peserta hot seats bakal dipilih untuk sama turut serta di program ini.
Program realiti nyanyian nombor satu negara ini juga masih mengekalkan barisan juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz.
All Star Gegar Vaganza bakal bersiaran bermula 24 September ini disaluran Astro Ria dan boleh distrim di platform Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi mereka yang meminati dan menonton film ‘Syurga yang tidak dirindukan atau di bawah lindungan ka’bah’ pasti mengenali pelakon utamanya iaitu, Laudya Cynthia Bella. Wanita cantik dari Indonesia ini bukan sahaja terkenal di Indonesia malah Bella terkenal juga di Malaysia dan mempunyai ramai peminat disini.
Menjadi pilihan hati ramai wanita muslimah diluar sana apabila Laudya Cynthia Bella mula berhijrah memakai hijab pada tahun 2015, Laudya Cynthia Bella juga terus berkarya di dalam industri dengan lebih semangat dan lebih menjadi diri sendiri.
Selepas perpisahan bersama Engku Emran pada Julai 2020, Laudya Cynthia Bella kini didakwa sudah berkahwin bersama kerabat diraja dan dikhabarkan Bella ingin bersara dari industri seni.
Bella Umum Bersara Dari Dunia Seni
Melalui kenyataan yang dihantar Laudya Cynthia Bella kepada pihak media Indonesia, yang mengatakan bahawa beliau mahu bersara dari dunia seni. Bukanlah perkara yang mudah buat Laudya Cynthia Bella akan tetapi niatnya ingin bersara dari bidang seni sudah lama timbul dan kini sampai masanya
Menurut Laudya Cynthia Bella “Memang saya sudah pasang niat, tetapi manusia itu lemah. Semoga Allah membantu.” sumber Liputan6.
“Doakan saya. Insya-Allah, tiada filem lagi selepas ini. Semoga saya terus beristiqomah dan filem terakhir saya adalah ‘Buya Hamka”
Laudya Cynthia Bella juga turut memohon peminatnya akan terus mendoakannya. Dia juga mengatakan hasratnya ingin berjaya dunia akhirat dan banyak yang dia perlu belajar dengan statusnya sekarang.
Mungkin di sebalik pengakhiran mempunyai permulaan yang lebih baik. Dengan persaraan Laudya Cynthia Bella di dalam industri filem dapat membantu dirinya fokus sepenuhnya dalam bidang perniagaan.
Antaranya adalah, perniagaan tudung dan produk muslimah “L’ by Laudya Cynthia Bella yang terinspirasi dan mengikuti jejak bapanya yang berada di dalam bidang pembuatan tekstil.
Semoga Laudya Cynthia Bella diberikan kekuatan untuk terus beristiqomah dan peminat sentiasa menyokongnya walau apa pun.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Hijabista
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Petah dengan loghat Pantai Timur, Terengganu, Mat Dan bersama isterinya, Nadifa Adnan dan anaknya, Muhammad Zayne Tyler sama-sama menjejakkan kaki ke Tanah Suci itu buat pertama kali.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Ayda turut memuat naik dirinya yang berada di sebuah hospital swasta sambil ditemani suaminya, Nabil Mahir.
Adiknya, Sabira Jebat turut berkongsi keadaan terkini penyanyi lagu Mata itu.
Ayda sebelum ini dijangka akan bersalin pada 8 Oktober, namun kerana dia memilih untuk menjalani pembedahan, dia akan bersalin dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.
Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!