Selamat bersalin Jumaat lalu, pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Fazura akhirnya berkongsi foto bayi perempuan mereka.

Perkongsian tersebut dimuat naik dua bintang ini menerusi Insta Stories genap seminggu kelahiran.

Video pendek Fazura bersama puteri sulungnya itu turut dikongsikan menerusi akaun @fattzuralovelife.

Ads

Sambil mendedahkan nama anak, pasangan ini turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

“Assalamualaikum. Hari ni genap tujuh hari saya dilahirkan pada hari Jumaat, 2hb Oktober 2020.

“Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.

Ads

“Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih!

“Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia! MasyaAllah.. Love, Fatima. XoXo,” tulis kapsyen pada posting berkenaan.

Ads

Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton hampir 50,000 selepas kira-kira sejam ia dimuat naik.

View this post on Instagram

Assalamualaikum and happy Friday to everyone. It has been seven days since I was born on last Friday, 2nd October 2020. My name is Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. I am now officially one week older but my parents believe that I am still too young for the world to see me. However, I know so many people are constantly making duas for me, I am indeed very blessed. I want to say Thank you so much and I hope to see you all soon when my Daddy and Mommy think I’m ready 🙂 MasyaAllah.. Love, Fatima. XoXo 💗 Assalamualaikum. Hari ni genap tujuh hari saya dilahirkan pada hari Jumaat, 2hb Oktober 2020. Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial. Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia! MasyaAllah.. Love, Fatima. XoXo 💗

A post shared by Fattah Fazura (@fattzuralovelife) on

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 selepas dipertemukan dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI