Nama Paling Trending Gara-Gara Umum Buka Tudung, Ini 10 Trivia Menarik Emma Maembong Yang Mungkin Korang Belum Tahu!

Share

Ketika ini nama pelakon, Emma Maembong sedang hangat diperkatan pengguna media sosial gara-gara membuat pengakuan berani sudah tidak bertudung sejak empat hari lalu.

Terdahulu, viral beberapa keping foto di samping abang kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah.

Apa pun, MH bariskan 10 fakta menarik mengenai heroin telemovie, Kimchi Untuk Awak ini.

Menggunakan nama Emma Maembong sebagai nama komersial, tetapi nama sebenarnya ialah Fatimah Rohani Binti Ismail Maembong, dilahirkan pada tanggal 27 Mac 1992 di Kuala Terengganu.

Bapa Emma, Ismail Maembong merupakan pelukis senior Melayu manakala ibunya pula, Yatimah Zainab pula berketurunan Scotland. Jadi, tidak hairanlah mengapa Emma punyai wajah pan-Asian.

Sementara itu, Emma turut dibesarkan di dalam keluarga besar dengan memiliki 11 orang adik beradik. Malah ada di antara adik-beradiknya yang turut bergiat aktif dalam bidang seni seperti kakak dan adiknya, Yaya Maembong dan Chacha Maembong.

Sebagai menghargai karya keluarganya, Emma telah menubuhkan sebuah galeri seni yang diberi nama Galeri Seni Maembong.

Sementara itu, Emma turut membuat keputusan untuk mengenakan hijab sepenuhnya pada 2014. Malah, keputusan tersebut telah disambut baik terutamanya peminat pelakon tersebut.

Dalam pada itu, Emma mengakui dirinya tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia selain mengikuti pengajian dari rumah. Namun, perkara tersebut tidak mematahkan semangat pelakon tersebut yang percaya rezeki ada di mana-mana sahaja selagi adanya usaha.

Sebelum ini, Emma pernah dikatakan rapat dengan beberapa selebriti seperti Zizan Razak dan Kamal Adli.

Sepanjang penglibatan Emma di dalam dunia seni, pelakon tersebut telah memenangi beberapa anugerah seperti Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH ke-30 dan Pelakon TV Wanita Popular di ABPBH setahun sebelumnya.

Seterusnya, antara karya lakonan Emma Maembong yang sinonim Kimchi Untuk Awak, Warewolf Dari Bangladesh dan banyak lagi.

Emma turut membintangi beberapa drama seperti Isteri Separuh Masa, Projek Memikat Suami dan macam-macam lagi.

Aktres jelita ini juga mesra dengan adiknya Ahmad Maembong yang juga merupakan Orang kelainan Upaya (OKU). Keakraban mereka sering dikongsikan di media sosial yang sering menarik perhatian netizen dek kerana aksi keduanya.

Sumber: Instagram Emma Maembong

Published by
Aizam Manaf