Hampir 30 tahun dalam industri hiburan, penyanyi dangdut Ani Maiyuni masih lagi bertahan dan dikenali sehingga kini.

Berkongsi cerita mengenai dirinya yang pernah berhadapan pengalaman berjumpa dengan selebriti baharu yang menyombong dan tidak menghormati senior dalam bidang sama, Ani atau nama sebenar, Aishah An-Nur Osman, 45, menasihatkan golongan artis sebegitu agar tidak terlalu mendongak langit.

“Dalam industri, nama you besar ke kecil, jangan sombong.

“You popular atau tidak, bakat itu (hanya) pinjaman daripada Dia.. anytime Dia boleh tarik balik.

“Kita nak puaskan hati semua orang pun mustahil.. yang penting kita kena tahu kesesuaian dan pandai bawa diri,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Sedap ini berkata demikian ketika ditemui di Preview Ramadan Hotel Royal, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ads

Berkongsi lanjut, Ani berkata dia menyifatkan rata-rata generasi Z (lahir tahun 1995 hingga 2010) kurang mendapat didikan sempurna berikutan kehidupan mereka lebih dekat menerusi pendedahan di Internet dan telefon pintar.

Ads

“Mereka Gen-Z ni (pada saya) agak kurang adab.

“Zaman sekarang dekat handphone ni, benda yang tak elok yang banyak jadi viral disebabkan ramai orang share.

“Jadi budak-budak rasa gurauan itu adalah sesuatu yang lawak, walaupun pada kita ia adalah kurang ajar.. itu yang mereka tak tahu bezakan sama ada itu lawak atau kurang ajar.

Ads

“Itu bahayanya gajet… kalau nak share, kongsilah sesuatu yang bermanfaat dan berguna,” kata Ani lagi.

Terdahulu, pelakon Noorkhiriah meluahkan perasaan mengenai seorang pelakon baharu yang disifatkannya menyombong malah tidak bertegur sapa dengan rakan artis senior ketika mereka sama-sama menghadiri sebuah majlis hiburan baru-baru ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI