“Nampak Baby Bump, Comel,” – Figura Ernie Zakri Undang Perhatian Dalam Video Terkini, Peminat Mulai Berteka-Teki

Share

Satu hantaran video terkini daripada penyanyi, Ernie Zakri di Instagram mencuri perhatian.

Menerusi video yang dikongsikan itu, rata-rata wargamaya mulai berteka-teki dan tidak kurang yang mendakwa bahagian perut bintang berkenaan seolah-olah menampakkan ‘baby bump’ pada ruangan komen.

“Kalau kata buncit tipulah…sis Ernie ni kecik molek orgnya. Takkan buncit macam tu, mesti ada something ni,” teka seorang peminat.

“Nmpk mcm ketat aje tshirt tu kat perut. Alhamdulillah, tahniah. Moga Allah permudahkan,” tulis seorang peminat lainnya pula.

“Nampak dah, tkpe tk yah bgi tahu,” gurau seorang peminat.

“Nmpak baby bump.. comelnya kak Ernie,” reaksi peminat lain.

“Baby bump ke tu? Shomell,” tulis peminat lainnya pula.

“Mcm baru 4 bulan pregnant je. Teringat perut aku dulu masa 4 bln pun aku dah mengah. Tahniah,” teka peminat.

Ia sekali gus menguatkan lagi desas-desus bahawa Ernie sedang hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan penyanyi, Syamel.

Meski tiada sebarang reaksi yang diberikan penyanyi lagu Gundah itu, namun ramai yang memberikan respon teruja, termasuk termasuk beberapa rakan selebriti.

“Abg tahniah dulu lew,” tulis Achey ringkas.

“I’m here for the baby bump!,” reaksi penyanyi, Nabila Razali.

“I can see already, ahhh cute,” respon Elfira Loy yang seolah-olah ditujukan terhadap penampilan terkini Ernie.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan kesahihan sama ada dia sedang berbadan dua sebaliknya kerana sebelum ini, Ernie pernah menjelaskan bahawa dia masih belum hamil seperti yang disangka banyak pihak.

Sekadar mengimbas, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu

.

Foto: Instagram Ernie Zakri

Published by
MH