
Penyanyi Elyana meluahkan rasa kecewa apabila pembantu rumahnya telah melarikan diri sejak dua minggu lalu.
Menurut Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 35, dia sama sekali tidak menyangka pembantu rumah berasal dari Lombok, Indonesia itu akan bertindak sedemikian memandangkan perwatakannya yang kelihatan baik dan sentiasa bertelekung di rumah.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Elyana percaya pembantu rumah yang dikenali sebagai Isniwati itu mungkin sudah berada di luar kawasan Kuala Lumpur pada ketika ini.
“Jika sesiapa terjumpa Isniwati ni, tolong DM saya. Nampak baik… tapi akal panjang.
“Saya terima dia bekerja dengan cara yang sangat baik… tapi dia pergi dengan cara yang sangat tidak baik.
“Dekat rumah bertelekung, sampai kita nak minta tolong buat kerja pun jadi serba salah,” tulis Elyana.
Dalam perkongsian itu juga, penyanyi lagu Kalis Rindu ini juga turut memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kediamannya yang menunjukkan pembantu rumah berkenaan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta berwarna hitam pada waktu malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elyana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas KYS & TKC, Anak Sulung Dr Sheikh Muszaphar Ditawarkan Ke Kolej Genius Permata Pintar Pula

Baru kelmarin Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi berita tentang anak sulungnya, Sophea Isabella yang telah berjaya menerima tawaran masuk ke sekolah berasrama penuh berprestij, Kolej Tunku Kurshiah (TKC).
Hari ini, Angkasawan Negara itu telah berkongsi pula bahawa Sophea Isabella atau lebih mesra digelar Bella telah ditawarkan untuk memasuki Kolej Genius Permata Pintar Negara pula.
Dalam hantaran yang dibuat menerusi Instagram itu, suami kepada Dr Halina Mohd Yunos itu menulis, “Tawaran ke Genius Permata Pintar. Keputusan keluar hari ini dan Bella telah ditawarkan tempat. Syukur sangat. Alhamdulliah.”
Terharu dengan pencapaian anak gadisnya itu, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi yang dia menitiskan air mata kerana selama ini menjadi saksi pengorbanan yang dilakukan anak sulungnya itu.

BACA JUGA: “Dia Menangis Teresak-Esak,” –Anak Sulung Dr Sheikh Muszaphar Berjaya Masuk Kolej Tunku Kurshiah
“Kali ini, daddy yang menangis. Selama ini melihat pengorbanan anak. Tak kenal erti penat, sentiasa bersemangat. Kental jati diri, tak pernah mengeluh, itulah Bella,” tambahnya lagi.
Menerima tiga tawaran dari tiga institusi pendidikan hebat iaitu Kolej Yayasan Saad, Kolej Tunku Kurshiah dan Kolej Genus Permata Pintar jelas membuktikan ketekunan Bella dan jati dirinya yang cemerlang.
Bapa kepada tujuh cahaya mata ini menyatakan lagi, “Semua ini adalah sekolah yang sangat hebat. Bagaimana kami nak buat pilhan? Dalam dilema. Namun pada akhirnya apa yang terbaik untuk Bella. Impiannya, cita-citanya, kesejahteraannya dan kegembiraannya.”
Untuk pengetahuan pembaca Media Hiburan, sistem pendidikan di Kolej Genius Permata Pintar agak berbeza.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar, pelajar di sini memulakan pengajian subjek Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan ketika tingkatan satu.
Mereka kemudiannya mengambil peperiksaan A Levels pada tingkatan empat dan Sijil Pelajaran Malaysia pada tingkatan empat atau lima.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Ada Hutang RM500,000 & Bergadai Demi Cari Ilmu…Dr Raihana Dalam Sebak Cerita Penghidap Disleksia Juga Boleh Sukses!

Pengasas syarikat Efferty International Sdn. Bhd. (Efferty), Dr Raihana Ismail membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui dia menghidap disleksia ketika berusia enam tahun.
Malah akui Dr Raihana, dia paling lembab (slow learner) dalam pelajaran dalam kalangan adik-beradiknya yang lain.
“Sebenarnya ada sebab kenapa saya selalu duduk di depan ketika mengikuti sesi di Richworks. Sebab masa kecil, saya slow learner. Waktu itu saya ada masalah disleksia. Antara adik beradik, saya yang bangga bila orang tanya dapat nombor berapa dalam kelas.
“Saya cakap dapat nombor 28 sebab nombor itu banyak. Bukan bermaksud saya bangga sebab tak berjaya. Cuma saya tak faham lagi pada ketika itu.
“Jadi apa yang ibu bapa saya terapkan adalah menyuruh saya duduk paling depan ketika dalam kelas. Mereka cikgu. Kakak-kakak saya semua pandai. Saya masuk darjah tiga baru pandai mengira. Kemudian berjaya dalam UPSR. Berkat duduk depan.
“Abah saya adalah cikgu disiplin jadi dia latih saya untuk sentiasa menepati masa. Dulu, saya pernah bercita-cita nak jadi artis. Saya nak menyanyi dan berlakon.
“Tapi apabila tengok kakak-kakak jadi doktor, terus berubah fikiran sebab mak mesti lagi bangga (jadi doktor). Budaya (culture) dalam keluarga sendiri yang mengubah diri saya,” katanya.
Dr Raihana menjelaskan perkara tersebut menerusi saluran sesi podcast Apa Cerita? di YouTube, baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, Dr Raihana memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dari 2010 hingga 2012 sebelum ke Hospital Hulu Terengganu sebagai Ketua Ward Obstetrik dan Ginekologi.
Manakala pada tahun 2015, Dr Raihana menjawat sebagai Pakar Am dan Pengarah dengan menubuhkan Klinik Raihana di Dungun, Terengganu melalui tajaan Mara.
Namun, klinik tersebut hanya bertahan selama empat tahun sehingga tahun 2019 kerana Dr Raihana akui ketika itu dia tiada ilmu dalam perniagaan dan keusahawanan.
Dedah anak ketiga ini, dia terpaksa menanggung kerugiaan sebanyak RM500,000 selain hampir diisytiharkan muflis pada akhir tahun 2018.
“Bila saya dah buka klinik, saya minta suami berhenti kerja untuk menjaga anak. Cabaran saya ketika itu adalah saya sebagai doktor dan dalam masa sama, saya juga yang menguruskan klinik. Ilmu perniagaan memang tiada. Leadership pun tiada.
“Saya berhutang waktu itu mencecah RM500,000. Perasaan saya memang kecewa dan hampa.
“Suami bantu cari jalan untuk menyelesaikan (hutang), dia pinjam duit dengan kawan-kawan. Namun, masih belum boleh tampung kerugian.
“Akhirnya, saya nekad untuk menutup klinik sulung dan menjual dengan harga RM250,000,” ceritanya.
Kata Raihana, dia mula belajar memahami tentang diri sendiri, membetulkan misi, hala tuju dan impian yang ingin digapai ketika mengikuti beberapa sesi kelas anjuran Richworks.
Malah dia terpaksa bergolok-gadai atas kekakangan kewangan demi ilmu selain yuran kelas yang mahal.
Tambah wanita yang pernah tiga kali keguguran ini juga, dia mendidik diri untuk sentiasa bersedekah.
“Dulu sewaktu di klinik Raihana, sejujurnya saya tak bayar zakat. Saya tak tahu macam mana nak kira masa itu.
“Sekarang, saya selalu sedekah. Saya berpegang dengan kata-kata, ‘sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain.’
“Kalau dapat keuntungan, kena sedekah dan bayar zakat. Alhamdulillah, bulan pertama Efferty, kami mendapat hasil jualan sebanyak RM500,000,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Dr Raihana, 39, menyatakan dia berhasrat untuk membuka sebuah madrasah di samping ingin membantu 1 juta pasangan suami isteri mendapatkan cahaya mata.
“Visi Efferty ini sebenarnya nak bawa kebahagiaan kepada kehidupan manusia lain. Kebahagiaan itu tak semestinya menimang cahaya mata saja.
“Contohnya, kalau bantu dia untuk mendapatkan kerja, itu sudah membawa kebahagiaan juga.
“Visi kami besar iaitu nak membina yayasan sendiri untuk pembinaan madrasah. Itu yang saya berdoa di depan Kaabah baru-baru ini.
“Saya kata, ‘Ya Allah Ya Tuhanku, percepatkanlah perjuangan aku nak bantu 1 juta pasangan menimang cahaya mata dan percepatkanlah aku membuka madrasahmu,’” katanya lagi.
Serentak dengan itu, perkongsian Dr Raihana nyata menuai komen-komen positif daripada warganet yang rata-ratanya kagum serta terinspirasi dengan kisah hidup yang diceritakan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#MHRecap: Kisah Dua Hati Fasha – Aidil, Nabil VS DSV & Hati Zamani Sudah ‘Dicuri’ Antara Berita Best Hiburan Semalam!

Hai korang! Selamat bercuti dan salam maulidur Rasul.
Semalam (Isnin) hiburan tempatan ada banyak berita yang berlaku; antaranya kisah pertunangan Fasha dan Aidil, status Zamani (sudah dimiliki) dan paling mengejutkan perbalahan antara Nabil dan DS Vida.
Jadi, jom MH recap antara paparan berita hiburan semalam!
1. Sekitar sambutan majlis pertunangan Fasha Sandha dan Aidil Aziz
Sama cantik sama padan. Itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan buat pasangan Fasha dan Aidil yang telah selamat mengadakan majlis pertunangan pada Ahad.
Bertemakan warna unggu cair sebagai busana pada majlis itu, kedua-dua pasangan itu tampak anggun dan segak.
2. Zamani Sudah Ada ‘Teman Istimewa’. Siapa Dia?
Zamani mengakui bahawa hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang hamba Allah.
Bagaimanapun, pemenang tempat ketiga program GV5 itu menjelasakan bahwa dia kini masih dalam proses mengenali hati budi si dia.
Perkenalan mereka sudah mencecah lima tahun, namun baru-baru ini, hubungan itu mejadi lebih serius.
3. Nabil VS DSV!
Kehangatan malam final GV 5 masih terasa meskipun sudah melabuhkan tirainya malam Ahad.
Namun, ketidakpuas hati usahawan kosmetik DS Aliff Syukri ketika mempromosikan lagu terbarunya berjudul Biar Apa Orang Kata di pentas itu sedikit terkilan dengan beberapa pihak.
Bagaimanapun, rakan karibnya, DSV tampil mempertahankan Aliff, namun kenyataanya itu menimbulkan rasa kurang senang hos program itu iaitu Nabil dan Jihan.
4. Elyana Tahan Sakit, Masih Boleh Tersenyum
Penyanyi dan pelakon, Elyana berkongsi kesan yang berlaku kepada dirinya di Live IG-nya selepas menjalani rawatan kemoterapi baru-baru ini.
Antara kesannya adalah seperti ulser penuh di bahagian mulut dan tekak, rambut berminyak dan kulit muka menjadi kusam.
5. 3 Kali Mimpi Indah ‘Jentik’ Datuk Rafiena Ezanee Untuk Buat Umrah
Orang kata mimpi itu mainan tidur. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa mimpi itu juga adalah satu ‘petanda’ untuk menuju kearah kebaikan.
Itulah yang dialami penerbit Datuk Rafiena Ezanee yang bakal ke tanah suci bagi mengerjakan umrah pada 10 Desember depan.
Menariknya, Rafiena telah mendapat petanda dariNya apabila dia mengalami mimpi indah; iaitu mimpi sedang solat di depan Kaabah, kedua mencium Hajarul Aswad dan ketiga, berjalan menuju Kaabah bersama ibunya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI