Pelakon, Talha Harith akui pelakon-pelakon baru lelaki masa kini dilihat sememangnya mempunyai banyak perbezaan jika ingin dibandingkan dengan rakan-rakan pelakon sezamannya.
Menurut Talha, sewaktu dia dan rakan-rakan mula menceburkan diri di dalam bidang lakonan, kesemua mereka lebih gemar untuk menampakkan diri mereka sebagai sosok lelaki yang gagah dan tegas.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh Talha menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram miliknya.
“Rakan-rakan seangkatan aku a.k.a zaman-zaman era drama, Juvana, semua nak bikin muka jadi jantan. Nak nampak abang-abang,” tulisnya.
Ads
Katanya lagi, pelakon masa kini amat mementingkan mengenai soal penjagaan wajah seperti memakai lipbum ketika berurusan di luar.
“Kalau kita tengok sekarang, keluar berjalan pun pakai lipbum. Aku tak dapat bayangkan kawan-kawan batch aku keluar pakai lipbum.
“Ya Allah pecah perut aku. Aku scroll Instagram nampak banyak muka BBNU terus terbayang,” kongsinya lagi.
Ads
Kenyataan tersebut nyata mendapat respon pelbagai daripada ramai pihak termasuklah pengacara dan usahawan, Zoey Rahman.
Menurut Zoey, adakah menjadi kesalahan jika seseorang lelaki itu memakai lipbum lebih-lebih lagi buat mereka yang mengalami masalah bibir kering.
Ads
“Nak tanya, salah ke pakai lipbalm? Kalau bibir kering nak kena pakai apa untuk merawat? Bibir kering Kalau pergi klinik pun, doktor bagi lipbalm bukan lipmatte. Selamat berbuka bos haha,” balas Zoey.
Sekadar informasi, Talha memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon menerusi drama popular, Juvana.
Selain Talha, drama tersebut turut dibintangi pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zahiril Adzim, Johan Asaari, Syazwan Zulkefli dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Talha Harith & Utusan (Foto)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Walaupun bergelar selebriti dan pelakon, Syed Ali tidak kekok untuk berkongsi aktiviti hariannya di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri terbaru Syed, dia ada memuat naik sekeping foto ketika sedang meluangkan di pantai.
“Nampak ketiak tu normal la kan? bulus ketiak is awesome.. ! . seronok main panas ni.. hujung bulan main panas lagi.. ke pulau pinang lah kita nohh,” tulisnya.
Lantas, aksi tersebut menyebabkan penyanyi lagu Paku itu telah mendapat teguran netizen.
Ini kerana, ada yang rasa bimbang tindakan itu hanya akan menjejaskan bahagian tulang dan otot dalaman, hingga menyentuh soal peranakan!
Amboi sampai tahap itu sekali rasa prihatin netizen kita ni.
Dalam perkembangan lain, Ara kini sedang giat berlatih bagi memastikan lagunya, Bunga dapat disampaikan dengan baik di Anugerah Juara Lagu ke-33, Februari depan.
Video : IG Ara Johari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan terkenal, Joy Revfa ada berkongsi beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin telah meluahkan memberitahu sambutan syawal tahun ini dia bakal beraya di rumah mak mertua kakaknya.
“Hari raya tahun ni tumpang beraya kt rumah mak mertua kakak je.. insyallah tahun depan beraya kt rumah mak mertua sendiri pulak.
“Awak, awak jgn la gelak, awak tolong “amin” kan je cepat plezzzz…
“Thank you my dear stockist @syiera_ss& fatma juga agent Fiza sempat singgah berbuka puasa bersama2 juga tadi #iftarwithjoyrevfa#mervecosmetic #ombakkitchen#ramadhan #mervequeen”tulisnya.
Tahniah diucapkan kepada pelakon Afifah Nasir yang mengumumkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama hasil perkahwinan bersama suami tercinta, Syed Hariz.
Afifah berkongsi berita...