Dua tahun telah berlalu, namun sukar melupakan detik terakhir insan tersayang pergi meninggalkan kita. Iesya Toh mengimbau Kembali detik bapanya, Sanny Toh bin Abdullah meninggal dunia Ketika sedang menunaikan ibadah umrah.
Kongsi pengacara itu, arwah bapanya rebah di sebuah masjid Ketika menuju ke Mekah dan masih dalam ihram. Luahnya lagi, luka arwah bapanya masih berdarah walau sudah meninggal dunia beberapa hari dan jenazahnya juga lembut ketika diangkat.
Menyatakan kesedihan adik beradiknya tidak berada di sisi ketika arwah bapa menghembuskan nafas terakhir, namun dia menitipkan kesyukuran apabila Allah menggantikan dengan yang lebih baik.
“Siapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di sana.
“Hadith riwayat al-Tirmidzi: (3917) … Berkenaan dengan kelebihan perkuburan Baqi’, Rasulullah saw pernah bersabda, “Aku adalah orang pertama yang keluar daripada Bumi(ketika hari kebangkitan), kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian giliran penghuni Baqi’ yang akan berhimpun bersamaku. Kemudian aku menunggu penduduk Mekah sehingga penuh di antara dua Masjidil Haram”. . .
“Perginya Abah (seorg mualaf) dalam ihram di sebuah masjid ketika menuju ke Mekah utk menunaikan Umrah..
🥺 Abah rebah! Klu nor ada, nor sapu kan luka abah tu😭😭😭😭 sakit tak abah? Nmpak darah even dah bhari, masih nmpak segar! Allahu akhbar! Dan jenazah abah, lembut ketika diangkat! 😭😭😭 . .“Perginya Abah, tanpa kami adik beradik disisi…. tetapi Allah gantikan dgn ratusan ribu jemaah bersama2 solat kan jenazah Abah, selepas solat jumaat di Masjid Nabawi.. .
“Dan umi, seorg isteri yg begitu kuat melalui saat kehilangan CINTA HATI seorg diri😭😭😭😭😭 tanpa kami anak2 menemani… .
“Umi pulang ke tanah air bersama bagasi suami………… 😭😭😭😭 umi seorg Wanita yg kuat! Sgt kuat!! 😭😭😭 Pergi berdua, pulang sendiri.. kerana MATI ITU PASTI! .
“Tenang laa Abah disana, InsyaAllah kite semua akan bkumpul kembali. 😭😭😭 Al-Fatihah,
Sanny Toh Bin Abdullah .
“@nursajat23 malu la dgn Allah. Bila kau dilahirkan sbg lelaki tapi masih mencabar keampunan Allah! Semua umat Islam sedang menuju ke jln yg diredhai, tapi kau masih meninggi diri! Allahu akhbar,” kongsinya.
Al-Fatihah buat semua yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
Foto : Instagram Iesya Toh