“Semalam pertama kali tengok dia sedih masa kami nak masuk bilik ot, nampak ja dia kuat, tapi dalam hati dia hanya Allah ja tahu.
“Mana nak fikir wife sakit mana nak dikir anak-anak lagi,mana nak fikir kerja lagi, makan minum diri sendiri terabai sebab wife sakit.
“Tapi ini lah nyawa kami,dikala kami sakit, pening dia sentiasa ada. Nampak dia garang, tapi sebenarnya hati dia lembut sangat,” tulisnya.
Ads
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Almy menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang anak itu turut menitipkan ucapan terima kasih buat Datuk Fizz kerana sentiasa ada bersamanya dikala senang atau susah.
“Sayang mama minta maaf sebab mama banyak susahkan sayang, mama banyak sakit, mama susahkan sayang untuk jaga mama masa sakit.
Ads
“Maafkan mama sayang mama love sayang dunia akhirat, mama doakan sayang murah rezeki, panjang umur.
“Terima kasih sayang sebab ada dengan mama masa sakit, susah senang bersama,mama sangat-sangat bersyukur.
“Tiba-tiba sebab pengorbanan sayang terlalu besar untuk mama ngan anak-anak dan sayang banyak berkorban utk diri sendiri. Mama love syg. Thank you love,” katanya.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji keakraban pasangan ini selain turut mendoakan agar Almy segara sembuh.
Terdahulu, menerusi laporan Gempak, Datuk Fizz memaklumkan isterinya telah pun selamat menjalani pembedahan batu karang dalam hempedu selepas menderita sakit tersebut selama sebulan.
Sumber: Instagram Datin Almy Nadia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon cantik, Zahirah MacWilson menerusi Instagram buat tatapan umum ada berkongsi beberapa keping foto yang dirakam bersama tunangnya, pelakon Aiman Hakim Ridza.
Berlatar belakangkan panorama indah di Perth, Australia, merpati sejoli ini dirakam kandid oleh team foto, Manis Moments, sebagaimana yang ’ditagged’ pada ruangan foto.
”Part 1 – The Long Road. Every path has it’s own journey, mine led me to you.
”Soon we’ll be on our own journey, hand in hand taking the same path,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda pagar #zahirAH, #SaveTheDate dan #20220.
Sementara menerusi ruangan komen pula, para peminat nyata tidak sabar dan turut memuji konsep foto yang dirakam.
Terdahulu, keduanya difahamkan bertunang di Australia sekitar Jun tahun lalu dan kisah kisah percintaan mereka bermula sekitar Disember 2018 apabila Aiman dan Zahirah mula memuat naik foto mereka berdua di laman sosial masing-masing.
Malah mereka berdua turut digandingkan dalam slot Megadrama menerusi drama bersiri Curi-Curi Cinta yang mendapat perhatian ramai ketika itu.
Foto: Instagram Zahirah, Aiman Hakim Ridza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini pelakon Adeline Tsen telah hadir ke sebuah majlis produk kecantikan dan telah bertemu dengan pengacara terkenal, Neelofa.
Adeline Tsen atau nama sebenar Adeline Anthony Primus Tsen telah memuat naik beberapa keping gambar ketika dia bersama Neelofa di akaun Instagram miliknya.
“Bonding time with our Shinebright @neelofaReally had so much fun with you and all of you stay humble ya babe Keep inspiring all the girls out there and keep shinning babe .Thank you for having me #lancomemy Love all the decoration and wow la so Shinebright la @wkualalumpur #lancomexneelofa #shinebright #lancome”tulisnya.
Lantas, pelakon yang berasal daripada Kota Belud, Sabah itu telah memuji pengacara yang berasal daripada Pasir Mas, Kelantan itu yang sentiasa bersikap rendah diri.
Di samping, kata-kata Adeline itu telah mendapat pujian daripada peminat kerana bersikap penyayang.
Alahai, bukan main sweet lagi Adeline dengan Neelofa. Semoga persahabatan ini kekal hingga ke akhir hayat.
Foto : Instagram Adeline Tsen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar telah memuat naik satu rakaman video menerusi akaun Instagram miliknya.
Bintang itu berkongsi momen ketika menyambut hari raya aidilfitri bersama keluarga.
Dalam pada itu, anggota kumpulan ini turut meluahkan rasa sedih apabila menyambut Aidilfitri tanpa arwah ibu, ayah serta anaknya, Rezaimen Kiflin Kifli yang telah pergi buat selamanya.
“Sedih bila raya tanpa mak, abah n arwah memen. Nampak mcm linda happy hakikat sebenar hanya allah sahaja yg mengetahui.
Di samping itu, peminat turut menitipkan kata-kata semangat buat Linda supaya terus tabah dan cekal dalam dugaan kehidupan.
Malah ada yang turut sedekahkan bacaan al-Fatihah buat yang telah tiada.
Terdahulu, Ibu Linda telah pulang ke rahmatullah selepas mengalami beberapa komplikasi termasuk jangkitan kuman dalam darah selepas terkena gigitan serangga 11 Januari 2019.
Sebelum itu, anak kedua Linda telah meninggal dunia ketika berusia 12 tahun pada 6 Julai 2014 akibat penyakit kanser perut.
Video: Instagram Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...