Pelakon Farah Nabila yang kini sedang hamil anak pertama ada berkongsi figura terkininya kepada peminat.
Sambil merakamkan foto secara ‘selfie’ di hadapan cermin, penampilan bintang Cik Reen & Encik Ngok Ngek ini nyata menarik perhatian ramai.
“Current fashion style : Anything that still fits,” tulisnya ringkas ada entri tebaru Instagram.
Menerusi ruangan komen, para peminat serta rakan selebriti memberikan reaksi yang rata-ratanya memuji bakal ibu yang kekal cantik dan tampak glowing.
Terdahulu, bintang ini mededahkan mengenai kehamilannya yang sudah pun mencecah usia lima bulan Jun lalu.
Farah dan suaminya Mohammed Amirul Yunus selamat diijabkabulkan pada 20 Disember tahun lalu di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.
Foto: Instagram Farah Nabilah