Sedang mengerjakan umrah bersama keluarga ketika ini, Ajak Shiro berkongsi perbualan hiba bersama isteri yang dikatakan sedang dalam ‘penyakit perempuan’.

Terharu dengan usaha isteri yang berusaha untuk menunaikan solat di Raudhah, namun dengan takdir Allah, ibu kepada tiga orang anak itu didatangi ‘sakit perempuan’.

Pagi ni Baba nak pergi sembahyang subuh..Sekali nampak Ibu menangis..Rupanya malam tadi dia usaha dapatkan Raudhah..Dari sebelum Maghrib dia pergi sampailah jam 1 pagi..Tapi xdapat..Bila dia nak cuba pagi ni, penyakit perempuan pulak datang..Ini kali ke dua ibu dekat Madinah tapi rezekinya tertulis begini.

Ads

Xpe syg..Insyaallah..Raudhah ialah syurga dunia..Awak menangis teresak2 xdapat masuk..Baba doakan Allah berikan Syurga sebenar untuk ibu nanti..Insyaallah.. Ibu pohon rezeki dengan Allah..Ada rezeki, Baba janji, Baba akan bawa ibu kesini lagi..Amin.”

Ads

Menerusi ruangan komen, netizen memberikan pendapat untuk mengamalkan ubat melambatkan haid sebelum ke Mekah, namun ulas pelawak ini, isterinya mengambil pil tersebut namun semuanya atas kehendak Allah.

Ads

“Nampak Ibu Menangis, Penyakit Perempuan Pulak Datang,” – Ajak Shiro Doakan Syurga Buat Isteri

Foto – Instagram Ajak Shiro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI