Walaupun bergelar selebriti dan pelakon, Syed Ali tidak kekok untuk berkongsi aktiviti hariannya di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri terbaru Syed, dia ada memuat naik sekeping foto ketika sedang meluangkan di pantai.
“Nampak ketiak tu normal la kan? bulus ketiak is awesome.. ! . seronok main panas ni.. hujung bulan main panas lagi.. ke pulau pinang lah kita nohh,” tulisnya.
Lalu, perkongsian pelakon berusia 34 tahun itu mengundang perhatian netizen.
Malah, ada yang turut memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen foto tersebut.
Untuk rekod, Syed atau nama sebenarnya Syed Ali Tar Mohd telah dilahirkan pada 12 Mei 1985 di Kuala Kangsar, Perak.
Foto: Instagram Syed Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sarat Hamil 7 Bulan, Beby Maembong Mahu Jantina Kandungan Kekal Rahsia Hingga Bersalin – “Korang Rasa Boy Ke Girl?”
Usahawan yang juga kakak kepada Emma Maembong iaitu Beby Maembong mahu merahsiakan jantina kandungannya yang kini berusia tujuh bulan.
Menurutnya, dia tidak mahu mendedahkan terlalu awal kerana mahu menjadi teka-teki bersama peminat.
“Alhamdulillah @bebyeejunior dah 29weeks @ 7bulan.
“Jantina sampai sekarang biarkan suprise sampai bersalin nanti.. Korg Rasa rasa boy ke girl?,” tulisnya.
Dalam masa sama, Beby berdoa agar diri dan kandungannya berada dalam keadaan baik dan sihat.
“Semoga baby mummy sihat dan membesar dengan sempurna dalam perut mummy.. Sbb mummy pon dah kembang sgt ni demi kamuuu.
“Excited Nak beli brg baby.. Tp satu apa belum beli lagi… Patut dah beli ke tunggu lagi?.
“Experience aisy dulu premature 32 minggu dia dah nak tgok dunia.
Tp alhamdulillah sihat dan sempurna,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by MERMAID 🧜🏻♀️ (@beby_maembong) on
Untuk rekod,Beby dan suaminya, Nazri berkahwin pada 2008 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Semoga urusan bersalin Beby Maembong dipermudahkan. Tak sabar nak tengok baby!
View this post on InstagramA post shared by MERMAID 🧜🏻♀️ (@beby_maembong) on
View this post on InstagramA post shared by MERMAID 🧜🏻♀️ (@beby_maembong) on
View this post on InstagramA post shared by MERMAID 🧜🏻♀️ (@beby_maembong) on
View this post on InstagramA post shared by MERMAID 🧜🏻♀️ (@beby_maembong) on
Foto: Instagram Beby Maembong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masjid Tanah Sepi Takda Bro,”- Tak Dapat Sambut Aidil Fitri Di Kampung, Peminat Ajak Remy Ishak Beraya Di Rumah
Pelakon, Remy Ishak ada memuat naik sebuah tweet menceritakan mengenai sambutan hari rayanya pada tahun ini.
Menurut Remy, dia masih mencuba untuk menerima kenyataan bahawa dirinya tidak akan dapat pulang ke kampung halaman pada tahun ini bagi mematuhi saranan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.
Masih cuba belajar untuk menerima kenyataan, tahun ni x boleh balik sambut Aidilfitri di Kampung. Yes i can do this 🥺
— Remy Ishak (@remy_ishak) May 19, 2020
“Masih cuba belajar untuk menerima kenyataan, tahun ni tak boleh balik sambut Aidilfitri di Kampung.
“Yes i can do this,” tulisnya.
Dalam pada itu, tweet berkenaan turut mendapat respon daripada pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.
Mana boleh broo masjid tanah sepi takde brooo balik brooo hahaha #teamrayamelaka
— HATTA DOLMAT (@hattadolmatHDC) May 19, 2020
“Mana boleh broo Masjid Tanah sepi takde brooo balik brooo hahaha #teamrayamelaka,” selorohnya.
Pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu turut sempat berinteraksi bersama peminatnya memberi tahu suasana menyambut Aidil Fitri di Kuala Lumpur tidak sama rasanya seperti di kampung.
feel dia lain tuan… tetap tak sama! 🥺
— Remy Ishak (@remy_ishak) May 19, 2020
“Feel dia lain tuan. Tetap tidak sama,” balasnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberi kata-kata semangat selain turut mempelawa Remy untuk datang beraya ke rumah mereka di sekitar Kuala Lumpur.
Terhadulu, Remy ketika ini sibuk mempromosikan drama terbarunya Bukan Gadis Biasa yang kini sudah pun memasuki minggu akhir.
Sumber: Twitter Remy Ishak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nazim Othman Throwback Saat Jalani Menjalani Pembedahan, Peminat Luah Rasa
Terdahulu, pelakon tampan Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman pernah melalui kisah hitam dalam hidupnya suatu ketika dahulu.
Pelakon berusia 34 tahun ini pernah berdepan ujian, alami ketumbuhan pada otak dan menjalani pembedahan sekitar 2015.
Difahamkan, ketumbuhan tersebut terletak di antara bahagian mata kanan dan di aras hidung kanannya.
Baru-baru ini, Nazim ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi foto tersebut, pelakon yang terkenal dengan drama bersiri Monalisa itu telah mengimbau kembali kenangan saat dia selamat menjalani pembedahan tersebut.
“Them : Nazim Othman is below me,” tulisnya.
Them : “Nazim Othman is below me” Me :
A post shared by nazimothman (@nazimothman) on Sep 10, 2019 at 10:54pm PDT
Dalam pada itu, perkongsian bintang Cindai ini mendapat perhatian daripada peminat.
Rata-ratanya turut luah rasa terharu dan bangga dengan semangat Nazim dalam menempuhi dugaan kehidupan.
Diharapkan semoga Nazim diberikan kesejahteraan dan kesihatan yang baik dariNya.
Foto : Instagram Nazim Othman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI