Pelakon yang popular menerusi filem Tentang Bulan, Fatin Nur Afifah Shamsudin atau lebih mesra disapa dengan panggilan Fatin Afeefa kini sedang berusaha istiqamah bertudung dan menutup aurat sepenuhnya sejak kembali dari tanah suci mengerjakan umrah tempohari.
Lebih menarik lagi, apabila penampilan terbaharu ini membuatkan Fatin Afeefa kelihatan sungguh manis! Penampilan Fatin yang menutup aurat dan berhijab telah mengundang pujian ramai.
Fatin Afeefa Nampak Seperti ‘Remaja’ Belasan Tahun!
Mana tidaknya, automatik nampak isteri Aliff Awang ini kelihatan muda remaja! Langsung tidak nampak seperti ibu kepada dua cahaya mata.
Malah, keanggunanya cukup terserlah terutama ketika menyarung persalinan rona hitam dengan tudung polos warna senada, terserlah sisi penuh keayuan pelakon berusia 28 tahun itu.
Ads
Selain netizen, penampilan Fatin turut mendapat perhatian rakan-rakan artis yang memuji wajah cantik dan pesonanya yang begitu menawan.
Netizen Dan Rakan Artis ‘Approved’ Penampilan Baru Fatin Afeefa
Sebelum ini Fatin atau nama sebenarnya Nur Afifah Shamsudin menjadi bualan warga maya selepas momen dia sedang membeli tudung bertebaran di media sosial.
Ini selepas suaminya sanggup membelanjakan wang hampir RM5,000 untuk menghadiahkan Fatin 19 helai tudung berjenama mewah dalam usaha aktres ini untuk menutup aurat.
Ads
Hujung Disember lalu, Fatin sah bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang atau mesra disapa Opai.
Pelakon filem Tentang Bulan tersebut sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia berusia tujuh tahun.
Ads
Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian hasil perkahwinan terdahulu.
Fatin pernah membintangi filem dan drama popular antaranya Maksimum, Kampung Drift, Red Velvet, Janji-Janji Annisa, Volkswagen Kuning dan Monalisa.
Selain berbakat dalam seni lakonan, bakat nyanyian Afeefa juga mula disedari ramai selepas dia menyertai sebuah program nyanyian tahun lepas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Salam takziah buat penyanyi Naqiu Boboy seisi keluarga apabila dimaklumkan abang sulung kepada penyanyi itu, Huzaini Hussein dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat, kira-kira jam 8.30 malam.
Memetik Harian Metro, Allahyarham Huzaini menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Naqiu seperti yang dipetik berkata, arwah yang berusia lewat 40-an terlantar sakit di hospital berkenaan sejak dua bulan lalu dan mereka kali terakhir bertemu pada Syawal dua tahun lalu.
“Dia selalu merantau atas urusan kerja, jadi kami jarang dapat berjumpa. Kali terakhir saya bertemu pun pada hari raya dua tahun lepas.
“Malah, hari ini pun saya tak dapat bersama arwah untuk kali terakhir dan menguruskan pengebumiannya kerana berada di Kulim, Kedah.
“Insya-Allah saya akan pulang esok (hari ini) dan bergegas ke Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana untuk ziarah pusara arwah abang,” katanya.
Sementara itu, juara program Gegar Vaganza 6 (GV6) ini juga turut mendedahkan arwah merupakan insan terawal yang mengesan bakatnya dalam nyanyian.
“Abang saya dulu bekerja dengan Erra Fazira sebagai penari. Jadi, dia individu pertama yang bawa saya masuk dalam bidang ini.
“Dia menghantar demo suara saya kepada Erra kerana nampak potensi saya. Saya mohon doa semua agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” pinta Naqiu.
Terdahulu, Erra Fazira yang juga kenalan lama Allahyarham turut memberikan dedikasi terakhir buat arwah.
Bintang berkenaan turut memuat naik beberapa keping foto berkaitan di Instagram, awal semalam.
Tindakan usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa yang tampil berkongsi wajah penuh putera sulungnya, Muhammad Bilal di media sosial buat tatapan umum meraih perhatian wargamaya sejak malam tadi.
Rata-rata memberikan reaksi dan memuji kecomelan permata hati Neelofa dan suaminya, pendakwah bebas Haris Ismail yang sinonim disapa sebagai PU Riz itu.
Meninjau ke ruangan komen pada posting terkini Neelofa itu, PU Riz dilihat turut meninggalkan komen ringkas.
“Masha Allah ni,” tulisnya sambil disusuli dengan ribuan tanda suka daripada peminat.
Malah menerusi hantaran sama, rakan selebriti turut menitipkan dedikasi dan doa yang baik-baik buat Bilal.
Beberapa hari lalu, Neelofa dilapor meluahkan rasa terkilan dan tersinggung atas tindakan individu yang didakwa menyebarkan wajah anaknya itu melalui aplikasi TikTok.
Neelofa menyifatkan perbuatan individu terbabit sebagai tindakan yang tidak menghormati dirinya sebagai ibu dan dia kecewa apabila keputusannya untuk memperkenalkan Bilal pada masa yang sesuai tidak dihormati.
Imbas kembali, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!