Penyanyi muda, Ismail Izzani mengakui dia menerima pelbagai reaksi terhadap penampilan rambut barunya yang dibuat kerinting, seiring dengan usia remaja.
Malah, reaksi tersebut turut diterimanya menerusi komen-komen yang ditinggalkan menerusi laman sosial.
Jelas penyanyi yang mesra disapa Mail ini, dia seorang yang gemar bereksperimen, termasuk mengenai soal imej serta penampilan.
“Ini (gaya rambut) sekadar mencuba. Sebab saya ni seorang yang gemar mencuba. Jadi kali ini nak ubah pula kepada rambut keringting. Walau pun nampak macam Maggie Blackpepper tapi tak mengapalah.
“Tak tahu nak cakap tapi saya selesa. Saya tak suka nampak ia ‘kemas’ saya suka nampak ‘messy’. Jadi inilah pilihan saya,” katanya jujur kepada MH.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Foto: Instagram Ismail Izzani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Genre Berbeza, Tak Pernah Buat Sebelum Ini,” – Figura Adlin Aman Ramli Terlibat Filem Genre Aksi Unit Beruniform Pada Usia 50 Tahun, Babak ‘Fighting’ Paling Mencabar
Lebih tiga tahun menyepikan diri, pelakon Adlin Aman Ramlie menanti peluang untuk beraksi dalam filem genre aksi, sekali gus mengubat kerinduan peminat di persada perfileman tanah air.
Adlin, 50, berkata, dia juga terima tawaran untuk berlakon dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang itu kerana tertarik dengan naskhah filem genre aksi unit beruniform itu.
“Sebenarnya, ada beberapa sebab saya terima tawaran berlakon dalam filem ini. Saya juga sudah kenal lama dengan pengarah, Allahyarham Pitt Hanif sejak zaman 1990-an lagi ketika arwah belajar di Akademi Filem, manakala saya pula di Akademi Seni Kebangsaan.
“Saya percaya arwah Pitt juga yang mencadangkan nama saya kepada penerbit untuk membintangi filem ini. Saya rindu mahu kembali berlakon, jadi terima tawaran kerana memberi sokongan pada rakan dalam industri perfileman tempatan.
“Justeru, bila dapat tawaran buat filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang ini yang juga genre aksi beruniform, saya terus tertarik kerana ia genre berbeza dan tak pernah buat sebelum ini,” katanya.
Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang terbitan Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zaharie Production dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) itu menampilkan gandingan dua aktor dan aktres popular Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin selaku teraju utama.
Selain Adlin, filem ini turut menampilkan Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Kodi Rasheed, Gambit Saifullah, Aziz M Osman, Sherie Merlis, Wanna Ali, Jaja Iliyes, Aman Nassim, Hafiz Nafiah, Yuznor, Azlan Komeng, Hushairi Husain, Akmal Ahmad, Eqy Affandi, Iman Zulkarnain dan Trisha Ooi.
Berkongsi mengenai watak, kata Adlin, dia melakonkan watak antagonis iaitu Samat yang juga ketua penjenayah dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang itu.
“Watak Samat adalah ketua yang menjalankan misi dan memberi arahan kerana ketua nombor satu adalah Sabri Yunus. Filem ini menampilkan babak aksi pergaduhan yang penonton tidak pernah tengok saya lakonkan sebelum ini.
“Saya juga tidak merujuk sesiapa untuk melakonkan watak Samat, sebaliknya ia mengikut idea dan kreativiti sendiri.
“Saya hanya menonjolkan karakter Samat seorang yang dinamik dan ada pesona dan energinya. Gaya saya berlakon memang konsisten dari dulu sampai kini,” katanya.
Ditanya babak paling mencabar pula, kata Adlin, dia perlu melakonkan babak fighting (pergaduhan) di pulau dengan watak utama, Leftenan Maritim Hafiz (Saharul) dalam filem itu.
“Saya juga menjalani latihan ‘fighting‘ dengan bimbingan dari koreografer profesional seminggu sebelum penggambaran. Selain itu, ada juga sesi latihan di studio.
“Babak pergaduhan itu aksi yang berterusan dan sudah namanya filem aksi, ia membabitkan banyak percubaan untuk dapatkan shot menarik. Setakat tubuh lebam-lebam buat babak bertinju itu perkara biasa dalam filem aksi,” katanya.
Adlin berkata, dia juga berkampung lebih tiga minggu di Pulau Langkawi sepanjang penggambaran filem itu.
“Banyak cabaran dihadapi ketika penggambaran di Pulau Langkawi kerana ia membabitkan kawasan laut dengan angin kuat dan ombak yang kencang.
“Ada masanya kami barisan pelakon dan kru terpaksa berpatah balik ke darat kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan untuk kami meneruskan penggambaran,” katanya.
Mengulas pengalaman bekerja dengan arwah Pitt selaku pengarah pula, kata Adlin, dia tiada masalah bekerjasama dengan pengarah muda itu kerana mereka sudah kenal lama.
“Arwah Pitt, penuntut lulusan bidang filem dan memiliki pengalaman luas dalam bidang pengarahan. Saya juga mengenali personaliti dirinya dan cara proses kerja dia saya sudah tahu.
“Kami juga berbincang mengenai watak ketika sesi pembacaan skrip dan saya juga beri idea dan pemikiran untuk menterjemahkan watak saya lebih matang berbanding pelakon lain.
“Kalau saya berasa babak itu itu tak okay ketika sesi pembacaan skrip, saya beritahu kepada arwah dan cakap terus terang sahaja dengannya. Arwah juga beri kepercayaan pada keputusan yang saya buat dan memudahkan kami bekerjasama untuk memberikan yang terbaik pada filem itu,” katanya lagi.
Sementara itu, ditanya kelainan dan tarikan pada filem itu, kata Adlin, dia mengucapkan tahniah kepada Maritim Malaysia kerana mereka memberikan sokongan kepada industri perfileman tempatan dengan bekerjasama dalam pembikinan filem skala besar ini seiringan dengan agensi seperti Polis Diraja Malaysia, tentera dan sebagainya.
“Namun, bagi saya penceritaan filem ini menarik dan satu kejayaan yang besar dalam industri perfileman kita kerana Maritim Malaysia hanya meletakkan posisi mereka di latar belakang filem ini sahaja.
“Apa yang menarik, Maritim Malaysia juga memaparkan jalan cerita bagaimana anggota mereka juga tertipu dengan penjenayah, anggota mereka kena tembak, kapal mereka kena tawan (hijack) dan keadaan yang tidak boleh dikawal serta nampak penjahat lebih berkuasa dari mereka.
“Walaupun pada penghujung cerita Maritim Malaysia berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah terbabit. Filem ini juga ada ‘attitude’ dan tidak klise dari filem genre aksi lain yang pernah diterbitkan sebelum ini,” katanya.
Filem edaran Metrowealth International Group dan disokong Primeworks Studios (PWS), Media Prima Berhad (MPB). Ia mula menjengah pawagam seluruh negara termasuk ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam sejak 2 Februari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apakah Harus Menulis ‘Bismillah’ Pada Kad Kahwin & Bagaimana Kalau Kad Itu Dibuang…,” – Apa Hukumnya? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Baru-baru ini, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus ada memberikan jawapan kepada persoalan mengenai apakah harus andai sekeping kad undangan perkahwinan ditulis perkataan ‘Bismillah’.
Serta, bagaimana andai kad tersebut dibuang selepas digunakan.
Lalu pendakwah tersebut memberikan pencerahan bahawa, hukum mencetak ayat suci pada kad kahwin adalah makruh.
Ini kerana, dikhuatiri dan ada kemungkinan kad tersebut tidak terpelihara atau mungkin tercemar seperti dibuang pada tempat kotor.
“SOALAN : Apakah harus kita menulis bismillah pada kad kawhin dan bagaimana kalau kad itu dibuang selepas digunakan?
JAWAPAN : Makruh hukumnya menulis ayat Quran seperti Bismillah dan seumpamanya di atas kad undangan kahwin kerana kemungkinan kad itu tidak terpelihara dari tercemar seperti dibuang pada tempat kotor seperti tong sampah,” tulisnya.
Beliau pada masa sama turut menitipkan perinciannya itu berdasarkan dalil dari kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah.
View this post on InstagramA post shared by Ustaz Azhar Idrus (@uaioriginal) on
Malah, beliau menasihatkan agar ia ditulis dalam Bahasa Melayu, termasuk doa yang berkaitan.
Foto: Instagram Ustaz Azhar Idurs
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sis Ni Sejenis Yang Boleh Makan Kat Mana Jer…,” – Sheila Rusly
Pengacara dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.
Kongsi pengacara Ketuk-Ketuk Ramadan itu dia bersikap terbuka dan tidak cerewet jika makan di kedai warung.
“Sis ni sejenis yg boleh makan kat mana jer.. warong tepi jalan, warong dah nak roboh, semua tu takde hal.. janji food dia letopppannnn..,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat memuji sikap rendah diri penerbit berusia 47 tahun itu.
Tidak kisah makan di warung atau kedai makan bertaraf 5 bintang yang penting menu yang dihidangkan sedap dan menyelerakan. Betul tak?
Gambar : Instagram Sheila Rusly
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI