Guru vokal dan juri tetap Gegar Vanganza musim ke-9, (GV9), Datuk Syafinaz Selamat berpandangan, Haida Hasnan yang diumumkan sebagai peserta tersingkir malam tadi dilihat teragak-agak di dalam membuat persembahan.
Menurut Syafinaz meski dia mempunyai suara yang baik, namun persembahan yang dilakukan bukan secara sepenuhnya.
“Pada saya, Haida mempunyai suara yang bagus, tetapi pada hari ini (minggu ketiga saingan), bagi saya dia macam ‘question yourself’. Nampak macam ragu-ragu sikit nak ‘all out’.
“Kadang-kadang dalam sesebuah persembahan kita tengok… okay suara bagus, tapi keseluruhan persemhahan bosan. Contohnya yang ini ada sumbang tapi nilai persembahannya lebih tinggi,” katanya.
Artikel Berkaitan;
Penampilan Tomok, Shila Amzah, Jac & Ramai Lagi, Mesti Ramai Teruja ‘Line Up’ Rasmi GV9
Syafinaz memberikan reaksi tersebut pada Sidang Media Konsert Ketiga GV9, malam tadi.
Katanya lagi, dia bersama barisan juri lain iaitu Datuk Ramli Ms dan Hetty Koes Endang menilai persembahan secara keseluruhan.
“Kita akan tengok daripada segi itu juga, jadi kita perlu nilai daripada semua aspek. Markah itu bukan vokal sahaja, walaupun ia paling banyak. Tapi ada sisi lain yang kita nilaikan juga.
“Bila kita rasa dia tidak sampai… jadi markahnya akan berkurang,” katanya lagi.
Terdahulu, Haida markah berada di kedudukan paling bawah di antara kesemua bintang yang bertanding iaitu sebanyak 53.40 peratus.
Shila Amzah pula berada di carta teratas minggu ini dengan perolehan markah sebanyak 78.80 peratus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.