“Nampak Makanan Tak Habis, Terdetik Nak Bungkus Bawa Balik,” – Kisah ‘Love Hate Relationship’ Fedtri Yahya Dengan Kucing

Share

Sukar baginya melihat sisa peninggalan makanan dibiarkan begitu sahaja.

Malah sudah menjadi kebiasaan untuk Fedtri Yahya membungkus makanan seperti ayam atau daging untuk dibawa pulang dan diberi kepada kucing.

Tulisnya, walaupun bukan peminat kucing, namun dia sering menjadi sasaran si comel ini meminta diisi perut nan lapar.

“Tiap kali nampak makanan tak habis ( ayam/ daging) sentiasa terdetik nak bungkus bawa balik… Bukan untuk famili 🙂 tapi untuk kucing.

“Jujurnya aku bukan peminat kucing. Jadi memang tak bela. Al kisahnya, tiap kali buka tingkap belakang rumah, automatik kucing-kucing tanpa tuan ( rasanya) akan datang. Tak jinak, mudah lari. Jadi, pernah cuba beli ikan sekian banyak. Satu pun ‘depa’ tak usik. Depa nak ayam/ daging ja … demand noo.

“Dulu 2,3 ekoq ja… sekarang rasanya dah belas-belas. Tak sampai hati buka tingkap buka pintu tapi tak dak apa-apa nak bagi depa makan,” katanya.

Malah, jelas pengacara popular ini lagi, memberi kucing makan mungkin menjadi asbab kepada rezekinya yang melimpah ruah.

Siapa tau kan, makanan kucing ni jadi asbab rezeki melimpah. Tiap kali ke restoran, sentiasa ada keinginan untuk tapau makanan yang tak habis dimakan tu…

“Sekian… Kisah meow meow love-hate relationship,” tulisnya panjang lebar.

Foto : Instagram Fedtri Yahya

Published by
Noraini Abd Wahab