Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida yang sering menjadi perhatian wargamaya.
Baru-baru ini, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman ada memuat naik beberapa keping foto terkini dirinya menerusi akaun Instagram.
“Jujur nampak macam umur berapa ??,” tulisnya ringkas pada pautan gambar yang diambil di perkarangan kediaman mewahnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilan Vida yang kini kelihatan semakin susut dari sebelumnya.
Bukan itu sahaja, peminat juga berpendapat Vida tampak lebih muda dan jelita.
Foto: Instagram DSV
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bernilai USD 1.7 Billion, Menjadikannya Penyanyi Wanita Paling Kaya Di Dunia”- Rihanna Kini Secara Rasminya Seorang Billionaire
Penyanyi, pelakon dan usahawan kelahiran Barbados ini memulakan kerjayanya di dalam dunia seni ketika berusia 17 tahun. Ketika itu bakatnya dikesan oleh penerbit album terkenal, Evan Rogers. Demo nyanyiannya telah dihantar kepada Def Jam Record lantas menarik perhatian CEO syarikat tersebut, Jay-Z.
Bermula dari detik itu, Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty mendaki tangga populariti sebagai penghibur bertaraf dunia. Satu persatu lagu nyanyiannnya mendaki carta nombor satu. Bukan itu sahaja, dia juga mula menceburi bidang lakonan dan berlakon di dalam bebrapa filem box-office.
Siapa sangka wanita beusia 33 tahun dari sebuah negara kepulauan kecil ini secara rasminya bergelar seorang billionaire. Dalam laporan Forbes, kekayaan Rihanna ini bukannya datang dari hasil muzik dan lakonan, sebaliknya kekayaan itu datang dari perniagaan kecantikan yang diceburi sejak tahun 2017.
Majoriti kekayaan yang dimilikinya merupakan hasil dari jualan produk Fenty Beauty dianggarkan bernilai USD 1.4 billion yang mana perniagaan tersebut dimilikinya sebanyak 50 peratus. Selebihnya pula merupakan hasil dari perniagaan fesyen baju dalam, Savage x Fenty dan juga pendapatan dari kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan pelakon.
Menggunakan pengaruhnya yang memiliki ratusan juta pengikut di laman media sosial. Rihanna melancarkan jenama Fenty Beauty pada tahun 2017 bagi memberi nilai ‘inclusivity’ kepada wanita seluruh dunia tanpa mengira warna kulit. Bayangkanlah, produk solekan yang dikeluarkan syarikatnya menawarkan lebih 50 warna demi memenuhi kepelbagaian wanita di dunia yang memiliki warna kulit berbeza-beza.
Syarikat yang kini dimilikinya bersama LVMH ini mempunyai mesej tepat untuk disampaikan kepada masyarakat yang kecantikan datang dalam pelbagai bentuk dan warna. Masakan tidak, lihat sahaja kepada iklan yang dihasilkan jenama ini. Menyerlahkan wanita-wanita ‘biasa’ dan bukan hanya tertumpu kepada peragawati semata-mata ternyata menarik perhatian ramai dan menjadikan produknya relevan.
Pada tahun 2018 sahaja, koleksi produk Fenty Beauty membawa masuk pendapatan tahunan bernilai lebih USD550 juta sekaligus mengalahkan jenama-jenama yang diasaskan selebriti lain seperti Kylie Jenner, Kim Kardashian dan Jessica Alba. Nampaknya percaturan penyanyi yang popular dengan lagu Unfaithful ini menjadi apabila langkahnya sebagai usahawan membuahkan hasil lumayan.
Sumber: Forbes, Sumber gambar: Instagram @badgalriri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zarul Hussin Kata Teruskan Jihad Ramadan Tahun Ini
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan seluruh negara akibat penularan wabak Covid-19 bakal dilanjutkan sehingga 12 Mei depan seperti yang telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhiyiddin Yassin, pada Khamis malam.
Lalu penyanyi dan pelakon, Zarul Husin misalnya ada memberi kata nasihat kepada pengikutnya di akaun Instagram miliknya.
Vokalis kumpulan Umbrella ini menasihati agar semua meneruskan perjuangan untuk menangani wabak Covid-19 dalam bulan ramadan meski tempoh PKP dilanjutkan selama 2 minggu.
“Its ok gais ..tambah lagi 2 minggu PKP, teruskan jihad kita dlm bulan Ramadan ni – #wecandothis #kitajagakita #covid19 #rahmatramadhan #doayangbaikbaik jangan lupa niat puasa yer,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat menitipkan ucapan salam ramadan kepada penyanyi berusia 46 tahun itu.
Foto: Instagram Zarul Husin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doakan Kami Berbahagia Hingga Ke Syurga,” – Instafamous, Asyraf Mazlan Selamat Bernikah
Usahawan dan bintang media sosial, Asyraf Mazlan telah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihan hatinya, Natasya Nazreen.
Pasangan sama cantik sama padan itu sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz.
Lalu, keduanya ada berkongsi beberapa keping foto pernikahan mereka menerusi laman Instagram.
Difahamkan, majlis pernikahan dilangsungkan meriah di Hotel Perdana, Kota Bahru, Kelantan.
“Alhamdulillah dengan sekali lafaz @natasyanazreen sah menjadi isteri saya. Doakan kami semoga berbahagia hingga ke syurga,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Asyraf Mazlan (@asyraffmazlan) on
View this post on InstagramMy King @asyraffmazlan ❤️ #acapkenakunci #asyraffxnatasya
A post shared by NATASYA NAZREEN (@natasyanazreen) on
Foto: Instagram Asyraf Mazlan dan Natasya Nazreen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI